Ads Top

Inspektor Polis tembak mati teman wanita yang sedang hamil

SEORANG inspektor polis dilaporkan menembak mati teman wanitanya yang sedang mengandung di Kampung Kakai, Serian pada hari Ahad lapor The Star.

Satu laporan polis telah dibuat oleh jiran kepada mangsa bunuh tersebut berikutan kejadian pembunuhan tersebut yang dilaporkan berlaku pada 3.32 petang.

Jiran tersebut, Laurence Michael mendakwa dia terjaga daripada tidur di rumah makcik selepas terdengar satu bunyi tembakan. 

Berdasarkan laporan polis, ibu kepada mangsa bunuh telah berlari menuju ke rumah jirannya sambil memaklumkan bahawa anak perempuannya telah ditembak.


Michael dilaporkan terus bergegas ke rumah mangsa sebelum mendapati mangsa terlentang di atas lantai dalam keadaan tidak bergerak.

Timbalan Ketua Polis Serian, Timbalan Superitendan Aswandy Anis telah mengesahkan kejadian tersebut.

Difahamkan mangsa yang maut sedang mengandung selama 2 bulan. Difahamkan juga bahawa suspek merupakan seorang anggota polis berpangkat inspektor yang bertugas di Belaga.

Siasatan awal mendapati suspek telah melangkah masuk ke dalam bilik mangsa sebelum menembaknya. Seorang jurucakap polis memaklumkan bahawa mangsa telah dinamakan sebagai teman wanita suspek dan bukannya isteri.

Ini kerana pihak polis gagal menemui sebarang dokumen rasmi menunjukkan bahawa pasangan itu telah berkahwin sebelum ini.

"Namun kita juga tidak tahu sekiranya suspek telah mengahwini mangsa secara rahsia," kenyataan jurucakap polis itu dipetik.

Jurucakap Polis juga memaklumkan bahawa kes itu
bersifat jelas dan siasatan hanya akan menumpukan kepada aspek-aspek peribadi suspek dan mangsa.

Pihak polis juga mengesahkan bahawa suspek telah melarikan diri dengan menaiki kereta peronda polis. Bagaimanapun pada 9.35pm pihak polis mengesahkan telah berjaya menangkap suspek di depan Pasaraya Emart di Matang.

Laporan tangkapan mendedahkan bahawa, "senjata dan peluru yang dimiliki oleh suspek telah pun dirampas," selain itu suspek juga tidak memberikan sebarang tentangan ketika dirinya ditangkap. — EdisiRakyat.com, 22 Mei 2017

No comments:

Powered by Blogger.