Kanak-kanak perempuan jatuh dalam air ditarik singa laut

TAWA sebuah keluarga bertukar duka apabila anak perempuan mereka ditarik oleh singa laut menyebabkan anaknya terjatuh ke dalam laut hujung minggu lalu.

Kejadian yang begitu pantas itu berjaya dirakam oleh seorang lagi pelancong bernama Michael Fujiwara yang berada di jeti Steveston Fisherman's Wharf di Richmond BC, Kanada di mana kejadian itu berlaku.

Ketika kejadian, kelihatan seekor singa laut menghampiri jeti itu kerana terdapat seorang lelaki yang beri makanan kepada singa laut tersebut.

Kanak-kanak itu yang kebetulan berada bersama keluarganya teruja melihat haiwan tersebut datang menghampiri jeti tersebut dan kemudian duduk membelakangkan haiwan itu.



Sepantas kilat haiwan tersebut melompat dari dalam air dan menarik kanak-kanak itu ke dalam laut dengan menggigit bajunya.

Kanak-kanak itu bernasib baik kerana tindakan pantas seorang daripada lelaki yang terjun ke dalam air untuk menyelamatkan kanak-kanak itu.

Kanak-kanak itu bersama keluarganya kemudian kelihatan tergesa-gesa meninggalkan kawasan jeti tersebut kerana terkejut dengan kejadian itu.

Michael yang berjaya merakam video tersebut ketika ditemubual oleh Vancouver Sun dipetik sebagai menceritakan bahawa dia sedang duduk di jeti apabila singa laut itu muncul.



Kerana teruja melihat haiwan tersebut ,beliau mengeluarkan telefon dan mula merakam.

Beliau dipetik sebagai berkata bahawa seorang daripada ahli keluarga kanak-kanak itu mula memberi makanan kepada singa laut tersebut.

Beliau menambah bahawa tidak dapat dipastikan apakah tujuan singa laut itu menarik budak perempuan itu ke dalam air. . — EdisiRakyat.com, 23 Mei 2017 

Post a Comment

Previous Post Next Post