PAS putuskan hubungan dengan PKR secara rasmi

MAJLIS Syura PAS telah mengesahkan bahawa parti Islam akan memutuskan hubungan dengan rakan pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat(PKR).

Setiausaha Majlis Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dipetik sebagai berkata dalam satu sidang akhbar hari ini bahawa, sebarang keputusan politik yang dibuat oleh parti, termasuk isu-isu berhubung dengan pentadbiran kerajaan negeri Selangor, akan diserahkan kepada jawatankuasa PAS pusat.

Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (kiri)

Beliau menyatakan bahawa keputusan untuk memutuskan hubungan dengan PKR itu dibuat berdasarkan tiga sebab:

1. Ia adalah kerana PKR tidak menyokong dan sebaliknya menentang agenda Islam PAS 'seperti RUU355

2. PKR menentang semangat kerjasama politik dengan menyerang kepimpinan dan membuat tuduhan palsu terhadap PAS, seterusnya mencemarkan imej parti.

3. PKR telah mengkhianati hubungan politik dengan PAS dengan bekerjasama dengan orang lain yang mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan dan menentang PAS dalam pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar," katanya.

Zawawi kemudian memberitahu kepada pemberita bahawa presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia untuk bertemu dengan PKR jika keduanya masih mahu mengekalkan hubungan.— EdisiRakyat.com, 11 Mei 2017

1 Comments

  1. kemudian tak reti2 lagi exco pas diselangor. jugak mana2 ahli pas yg pegang jawatan di glc selangor

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post