Pelajar dipaksa tanggalkan pakaian dalam di khalayak ramai sebelum peperiksaan

SEORANG pelajar diminta menanggalkan pakaian dalamnya di khalayak ramai oleh pihak pengurusan sekolah untuk mengelakkan penipuan dalam peperiksaan berapa minit sebelum peperiksaan dijalankan.

Terdahulu, pihak pengurusan telah mengeluarkan satu kod pemakaian yang ketat bagi menangani isu penipuan yang semakin berleluasa bagi kemasukan ke kolej perubatan terkemuka di India.

Kod etika berpakaian itu merangkumi larangan berpakaian gelap, pakaian berlengan panjang, kerongsang, lencana, kasut bertutup dan sarung kaki tetapi tidak ada menyebut pemakaian bra dalam senarai pemakaian yang dilarang.



Pelajar yang tidak dapat dipastikan identitinya memberitahu bahawa pada ketika itu dia berada di pusat peperiksaan di Kerala, New Delhi Ahad lalu apabila pengesan logam mula berbunyi ketika pemeriksaan keselamatan dijalankan ke atasnya.

"Pada waktu itu mereka memberitahu bahawa jika saya tidak mengeluarkan pakaian dalam saya, saya tidak boleh masuk ke dewan peperiksaan kerana cangkuk pakaian dalam saya diperbuat daripada logam.

Saya menanggalkan pakaian dalam saya di situ dan memberikannya kepada ibu saya yang sedang menunggu di luar", kata pelajar itu kepada NDTV News Network ketika ditemubual.

Pelajar itu juga dipetik sebagai berkata ketika ditemubual oleh The Times of India bahawa dia merasa hilang keyakinan dan ketenangan apabila diminta untuk membuka pakaian dalamnya di hadapan orang ramai.

Seorang lagi bapa kepada pelajar yang ditemubual oleh NDTV News Network memberitahu bahawa anaknya terpaksa menanggalkan butang seluar jeansnya kerana butang seluar itu menyebabkan pengesan logam keselamatan berbunyi ketika dia diperiksa.

Bapa pelajar itu kemudian pergi ke kedai berdekatan kira-kira 3 kilometer dari pusat peperiksaan untuk membeli pakaian baru untuk anaknya selepas mendapati kedai berdekatan itu dibuka.

Pengetua sekolah tersebut yang dikenali sebagai Jalaluddin K. ketika ditemubual dipetik sebagai berkata beliau tidak tahu mengenai pelajarnya yang terpaksa menanggalkan pakaian dalam dan butang seluar tetapi mengakui bahawa sekolahnya terperangkap dengan peraturan.

Peraturan itu menyatakan bahawa jika pengesan logam mengeluarkan bunyi ketika pelajar diperiksa, tiada siapa yang boleh dibenarkan melepasinya selagi tidak meninggalkan apa yang menyebabkan pengesan logam itu berbunyi.

Menipu dalam peperiksaan adalah perkara biasa di India termasuk memberi rasuah untuk membeli kertas ujian dan pelbagai bentuk penipuan peperiksaan yang sangat terperinci.

Terdahulu, beratus-ratus orang telah ditangkap di negeri Bihar Timur pada tahun 2015 kerana memanjat dinding sekolah dan menyediakan cadar katil serta bahan-bahan rujukan kepada saudara mara mereka semasa peperiksaan dijalankan.— EdisiRakyat.com, 9 Mei 2017

1 Comments

  1. jadi tak heran le, ramainyer cerdik pandai di India ni.masa exam pon bolih meniru/menipu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post