Ads Top

Perlis haramkan peniaga Islam jual makanan siap dimasak sebelum pukul 2 petang

JABATAN Agama Islam Perlis (JAIP) dilaporkan mengharamkan mana-mana peniaga Islam di negeri tersebut untuk menjual makanan yang sudah siap dimasak sebelum pukul 2 petang sepanjang bulan Ramadan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, jurucakap bahagian  penguatkuasaan jabatan itu dipetik sebagai berkata, tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana peniaga yang melanggar arahan tersebut yang tertakluk di bawah Seksyen 25 (1)(a) Enakmen Syariah Islam 1991 (Pindaan 2012).

Menurutnya enakmen tersebut memperuntukkan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan kali pertama.


Bagi kesalahan dari kedua dan seterusnya pula pesalah boleh didenda sehingga tidak melebihi RM5,000 ataupun satu hukuman penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali. — EdisiRakyat.com, 28 Mei 2017

No comments:

Powered by Blogger.