Ads Top

SPRM tahan dua pegawai KPDNKK kerana rasuah berkaitan kes arak

DUA orang pegawai daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak dilaporkan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana meminta dan menerima rasuah daripada seorang ahli perniagaan.

Kedua-dua pegawai tersebut yang berumur 34 dan 35 tahun, didakwa telah melakukan kesalahan itu di Dataran Majlis Perbandaran Ipoh pada jam 10:45pm hari selasa. 

Kedua-dua mereka dituduh menerima wang rasuah sebanyak RM 8000 daripada ahli perniagaan yang berusia 44 tahun.


Ahli perniagaan itu difahamkan menghulurkan rasuah kerana mahu menutup kes berkaitan penjualan arak palsu yang dilakukannya di dua premis pada tahun 2014.

Kedua-dua pegawai itu telah direman selama lima hari sehingga hari Rabu ini. — EdisiRakyat.com, 31 Mei 2017

No comments:

Powered by Blogger.