Virus Ransomware WannaCry serang dua syarikat di Malaysia, minta wang tebusan RM1300

SUSULAN desas desus penyebaran sejenis virus yang begitu berbahaya dikenali sebagai WannaCry Ransomware, dua syarikat tempatan dilaporkan telah mengalami serangan virus ini.

Ransomware WannaCry berperanan menyulitkan data pada komputer yang dijangkiti dan menghalang pengguna daripada mengakses maklumat mereka.

Syarikat keselamatan di seluruh dunia melaporkan gelombang jangkitan virus komputer yang agak memeranjatkan kerana belum pernah terjadi sebelum ini dimana jangkitan ransomware WannaCry telah menjangkiti lebih kurang200,000 komputer di 150 negara setakat ini sejak jumaat lalu.

Menurut syarikat perkhidmatan keselamatan IT LGMS, kes pertama di Malaysia melibatkan seorang pengarah syarikat yang meminta bantuan LGMS kerana terkena jangkitan virus ransomware pada komputer riba miliknya.



Pengasas LGMS C.F. Fong dipetik sebagai berkata, data dalam komputer riba itu telah dipadamkan kerana pengarah syarikat itu tidak mahu membayar membayar AS $ 300 (RM1,300) seperti yang diminta oleh perisian virus tersebut pagi sabtu lalu.

Virus ini turut menyerang mesin di sebuah kedai automotif pada pagi Ahad lalu dan syarikat itu sedang mempertimbangkan untuk membayar wang tebusan data yang diminta kerana tidak membuat salinan maklumat di tempat lain.

Mereka tidak dapat berbuat apa-apa selain hanya boleh memutuskan sambungan komputer dari rangkaian untuk mengelakkan penyebaran virus itu.

Sehingga jam 3 petang semalam,sistem penjejak tapak web yang mengesan jangkitan WannaCry mula menunjukkan tanda amaran di kawasan Lembah Klang.

Laman web ini memaparkan lampu terang berkelip setiap kali komputer yang dijangkiti memberi amaran pengesanan,yang mana membantu pihak LGMS memetakan taburan geografi jangkitan WannaCry itu.

Fong berkata mana-mana mesin dijangkiti oleh WannaCry tidak boleh disambungkan kepada rangkaian awam atau korporat kerana sebaik sahaja berlaku penyambungan ke mana-mana rangkaian, virus itu akan mula merebak," katanya.

Fong menambah bahawa buat masa ini tiada pelanggan LGMS yang lain termasuk bank-bank utama di Malaysia, telah melaporkan sebarang masalah, sambil menambah bahawa dia cukup yakin bahawa mereka yang kerap mengemaskini komputer mereka tidak akan menghadapi sebarang masalah dengan WannaCry.

Beliau berkata virus seperti ini bukan sesuatu yang baru tetapi virus ransomware WannaCry telah mengejutkan seluruh dunia kerana virus ini begitu cepat merebak.

Pihaknya telah melihat serangan virus ramsomware yang lebih teruk dan dahsyat tetapi WannaCry tersebar dengan pantas kerana berjaya mengeksploitasi kelemahan yang wujud di dalam Windows," kata Fong.

Menurut laporan The Guardian, berdasarkan dokumen-dokumen pertama yang bocor berkaitan NSA, ransomware menggunakan kelemahan peranti untuk menjangkiti mesin yang menggunakan perisian Windows seterusnya menyulitkan (encrypt) kandungannya sebelum menuntut wang tebusan bagi menyahsulit fail-fail ini.

Perisian virus ini berjanji untuk "melepaskan" data apabila wang tebusan sebanyak AS $ 300 (RM1,300) dibayar.

Dalam masa dua hari, rangkaian komputer Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri Rusia dan syarikat pengirim antarabangsa FedEx, antara lain yang terjejas kerana serangan virus ini.

Sebuah laman web berfungsi untuk  mengesan jangkitan WannaCry telah dicipta oleh seorang penyelidik British berusia 22 tahun dikenali sebagai MalwareTech, di mana beliau telah dinamakan sebagai "hero tanpa sengaja" selepas berjaya  menemui "suis pembunuh" yang boleh menghentikan penyebaran virus WannaCry ini.— EdisiRakyat.com, 17 Mei 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post