Ads Top

Bagaimana ingin tahu jika anda kena 'block' di Whatsapp

PENGGUNAAN aplikasi whatsapp sangat meluas bukan sahaja untuk bersosial, malahan untuk perniagaan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan, persahabatan dan antara rakan sekerja.

Malangnya, ada masa tertentu tanpa disedari kita telah di 'block' untuk terus berhubungan.
Tiba-tiba sahaja kita gagal menghubungi seseorang membuat kita tertanya-tanya adakah kita telah di 'block'?

Atas sebab ini, pentingnya untuk kita mengetahui apakah tanda-tanda kita telah di 'block' di whatsapp.



Apabila di 'block' oleh pengguna lain dalam whatsapp, pastinya kita tidak akan dapat mengesan dengan cepat. Kita hanya akan dapat mengetahui dengan melihat:

1. Paparan waktu

Anda tidak lagi boleh melihat paparan masa bila kali terakhir sahabat anda membuka aplikasi WhatsApp atau sama ada si dia sedang 'online'.

2. Profil

Anda tidak dapat melihat sebarang kemas kini dari profil si dia.

3. Penanda

Anda masih boleh melihat tanda mesej telah di hantar (satu 'tick') tetapi tidak dapat melihat tanda mesej diterima atau dibaca. (Dua baris untuk mesej diterima dan tanda biru bagi mesej yang telah dibaca.)

4. Gagal dihubungi

Anda tidak boleh membuat panggilan masuk menerusi talian whatsapp kepada si dia.

Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini mungkin disebabkan oleh perkara lain selain disekat di whatsapp.

Pihak pengurusan Whatsapp dipetik sumber sebagai berkata, syarikat itu telah membuat tanda-tanda disekat di aplikasinya agak kabur untuk menjaga privasi pengguna yang mana mereka pasti mempunyai alasan sendiri untuk menyekat seseorang. — EdisiRakyat.com, 4 Jun 2017

No comments:

Powered by Blogger.