Ads Top

Dua lelaki kena ikat di pokok kelapa kerana curi buah kelapa

DUA orang lelaki dilaporkan diikat pada sebatang pokok kelapa oleh penduduk kampung selepas didapati mencuri buah kelapa di Sekolah Agama Rakyat Al-hidayah, Kampung Batu 7 Lekir pada pagi hari Sabtu.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 10.30 pagi itu, beberapa penduduk kampung berhasil menangkap dua individu selepas pemilik kedai runcit berhampiran ternampak mereka sedang memanjat pokok kelapa setinggi kira-kira lima meter sebelum memberitahu orang kampung.

"Mereka mengaku ambil buah kelapa dan kami kemudian mengikat kedua-dua mereka pada batang pokok menggunakan tali yang digunakan untuk memetik buah," kata bekas ketua kampung Mohd Yaacob Hashim.



Menurut lelaki berusia 65 tahun itu terdapat bertandan-tandan kelapa dalam sebuah kereta Proton Wira yang digunakan oleh dua lelaki itu sambil menambah dia tidak pasti sekiranya buah kelapa tersebut diambil daripada kampung itu ataupun tempat lain.

Tambahnya lagi kedua-dua lelaki itu diikat untuk mengajar mereka, katanya salah seorang daripada lelaki itu berusia 30 tahun manakala seorang lagi masih remaja.

Kata Yaacob kedua-dua saspek merayu-rayu untuk dilepaskan dan mengaku ini merupakan kali pertama mereka Melakukan perkara itu.

"Kami ikat kedua-dua mereka sementara menunggu polis tiba dan kami tidak pukul atau cederakan mereka. Siapa sangka dalam bulan rahmat ini masih ada orang yang lakukan aktiviti-aktiviti tidak bermoral," tambahnya. EdisiRakyat.com, 3 Jun 2017

No comments:

Powered by Blogger.