Ads Top

Jingga 13 lapor SPRM berhubung bayaran RM9.5 juta oleh Najib kepada peguam Umno

NGO Jingga 13 membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM hari ini menggesa suruhanjaya itu menyiasat dakwaan bayaran RM 9.5 juta yang disalurkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak kepada Tan Sri Muhammed Shafee Abdullah peguam Umno yang dilantik sebagai pendakwaraya kes liwat Anwar Ibrahim.

Ini berikutan satu dakwaan yang disiar oleh portal Sarawak Report pada 31 Mei 2017 dengan tajuk 'Najib Paid Anwar's Prosecutor RM 9.5 Million From 1MDB Slush Fund WHY? EXCLUSIVE REPORT' yang menamakan Shafee Abdullah sebagai penerima dana daripada akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Shafee merupakan orang yang sangat rapat dengan Najib Razak dan telah dilantik sebagai pendakwa raya dalam kes rayuan fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai telah menerima dua kali pembayaran. Persoalannya, untuk apakah wang sebanyak itu?Adakah individu lain yang terbabit dalam urusan bersama antara Shafee dan Datuk Seri Najib yang perlu dbayar sehingga Datuk Seri Najib perlu memberi wang sebanyak itu kepada Shafee Abdullah?



Dipercayai pada 11 september 2013 Najib Razak telah membayar RM4,300,000 daripada akaun AmBank beliau yang bernombor 2112022011906 dan sekali lagi Pada 17 feb 2014 Shafee telah menerima RM 5,200,000 daripada akaun sama.

Akaun ini dikenalpasti juga sebagai akaun yang sama di mana RM4 Billion telah dipinjamkan oleh dana pencen kumpulan wang persaraan (diperbadankan) KWAP melalui anak syarikat 1MDB, SRC.

Pada bulan Januari 2016, Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali dalam satu sidang media secara tidak sengaja telah mengesahkan bahawa aliran wang ke dalam akaun yang sama bernombor 2112022011906 dan mengumumkan bahawa tiada salahlaku telah dilakukan oleh 1MDB dan seterusnya menutup siasatan terhadap 1MDB.


Jingga 13 berpendapat memandangkan sehingga sekarang tiada sebarang penafian atau sebarang reaksi daripada kedua-dua pihak Najib Razak dan Shafee Abdullah mengenai perkara ini, dokumen-dokumen lain yang melibatkan Najib Razak dan dana 1MDB/SRC yang pernah dilaporkan sebelum ini wajar dibuka kembali dan disiasat secara lanjut oleh SPRM.

NGO itu juga yakin bahawa selagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkuasa, kes seumpama ini tidak akan diambil tindakan namun mereka berpendirian bahawa ianya tidak wajar dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Justeru, mereka mendesak supaya SPRM tidak terus berdiam diri dan perlu berdepan dengan rakyat jika tiada tindakan diambil ke atas Najib Razak walaupun maklumat-maklumat ini secara jelas menunjukkan ada asas yang cukup kukuh untuk membuka kembali siasatan ke atas Najib Razak. EdisiRakyat.com, 5 Jun 2017

No comments:

Powered by Blogger.