Ads Top

Keldai dicampak hidup-hidup ke dalam kandang jadi makanan harimau

SEEKOR keldai menerima nasib malang apabila dicampak hidup-hidup ke dalam kandang harimau di sebuah Zoo di wilayah Changzhou, Jiangsu, Beijing, lapor akhbar Modern Express.

Menurut sumber, seorang pegawai Zoo yang ditemubual dipetik sebagai berkata kejadian itu disebabkan pertikaian antara pemegang saham Zoo yang didakwa cuba membawa keluar beberapa haiwan dari Zoo tersebut untuk dijual tetapi dihalang oleh pihak keselamatan Zoo tersebut.

Seorang saksi yang berada di tempat kejadian dipetik sebagai berkata ketika itu dia melihat beberapa orang memakai baju hujan warna merah membawa keldai tersebut dan beberapa haiwan lain ke kandang harimau dengan menggunakan trak.



Mereka kemudian menolak kedai itu ke dalam kandang tersebut dan cuba mencampakkan kambing ke dalam kandang tersebut tetapi sempat dihalang oleh pelawat serta kakitangan keselamatan, tambahnya lagi.

Kedai itu tidak dapat diselamatkan dan mati setengah jam kemudian akibat dibaham oleh harimau- harimau yang berada di kandang di Zoo tersebut.



Video mengenai kejadian itu tular di laman sosial dan mendapat kritikan orang ramai yang nyata-nyata sangat marah dengan kejadian yang berlaku dan meminta lebih pemerhatian dan pengawasan terhadap haiwan-haiwan di Zoo tersebut.



"Keldai itu menjerit sangat kuat ketika dicampakkan ke dalam kandang tersebut. Apa salah keldai itu sehingga terbabit dengan masalah antara manusia?"komen seorang netizen yang sangat marah apabila melihat video tersebut.

"Apabila melihat kejadian seperti ini, saya tidak dapat melihat bagaimana mereka menjaga haiwan di Zoo tersebut. Bagaimana mereka boleh menjalankan operasi Zoo?", soal seorang lagi pengguna laman sosial yang nyata kesal dengan kejadian ini.— EdisiRakyat.com, 7 Jun 2017


No comments:

Powered by Blogger.