Ads Top

Lorong tambah nilai di tol ditutup mulai 22 Jun hingga 2 Julai

BAGI pengguna lebuhraya yang melalui jalan bertol, pihak PLUS Malaysia Berhad telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa akan menutup semua 134 lorong tambah nilai di plaza tol lebuh raya mulai 22 Jun sehingga 2 Julai.

Menurut sumber, ia bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang berpunca daripada pengguna lebuh raya yang beratur untuk menambah nilai.

Pihak PLUS menjangkakan peningkatan pengguna jalan raya yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan sebanyak 21 peratus menjelang Aidilfitri berbanding hari biasa.

Ketua Komunikasi Korporat PLUS, Mohd Nizam Ismail dipetik sebagai berkata, orang ramai dinasihatkan supaya memastikan kad PLUSMiles atau kad Touch'n Go mereka mempunyai baki yang mencukupi.



Terdapat sebanyak 9,200 lokasi lain yang boleh digunakan untuk membuat tambahan nilai termasuk mesin ATM, kedai serbaneka 24 jam, dan stesyen-stesyen minyak sepanjang laluan lebuhraya yang beroperasi di kawasan Rehat dan Rawat (R&R).

Selain itu, orang ramai juga boleh mendapatkan khidmat tambah nilai melalui pusat khidmat pelanggan PLUS yang beroperasi antara jam 7 pagi hingga 10 malam.— EdisiRakyat.com, 14 Jun 2017

No comments:

Powered by Blogger.