Nenek racun anak lelaki jiran angkara dendam 5 tahun lalu

SEORANG nenek bertindak meracun anak lelaki jirannya angkara dendam yang terpendam selama 5 tahun.

Menurut laporan yang dipetik dalam South China Morning Post, pada satu perbicaraan bulan lalu, pendakwaraya dipetik sebagai berkata wanita tua itu yang dikenali sebagai Liu Yuqin menaruh dendam terhadap keluarga jirannya sejak 2012 di bandar Huaian, di wilayah Jiangsu timur, Beijing.

Liu meminta cucunya menyerahkan minuman berisi racun tikus kepada anak lelaki jirannya berusia 8 tahun pada 11 Mac lalu, tambahnya lagi.

Selepas meminum air beracun tersebut, kanak-kanak malang itu mula sakit dan mengalami muntah-muntah sejurus selepas pulang ke rumah.

Liu Yuqin membunag racun tikus ke dalam sungai

Keadaannya menjadi bertambah buruk dan kanak-kanak itu meninggal dunia keesokkan harinya.

Kematian kanak-kanak itu mula menjadi syak wasangka jirannya apabila anjing yang dipeliharanya telah menjilat berapa kesan muntah kanak-kanak itu turut mengalami nasib sama.

Keluarga jirannya itu membuat laporan polis, dan hasil siasatan polis mendapati terdapat sisa racun tikus pada jari Liu.

Liu memberitahu pihak polis bahawa dia melupuskan bahan bukti dengan membuang racun tikus tersebut ke dalam sungai berhampiran kampung mereka.

Hasil soal siasat polis juga berjaya mengesan motif pembunuhan itu.

Menurut laporan berita itu lagi, dendam itu bermula apabila suami wanita tersebut diarahkan oleh ketua kampung untuk membayar pampasan kepada keluarga jirannya sebanyak 2000 yuan (RM1,253) selepas dia mencederakan salah seorang daripada ahli keluarga jiran tersebut dalam satu pertikaian yang bertukar ganas.

Suami wanita itu membayar pampasan tersebut tetapi menyebabkan Liu menyimpan dendam terhadap jirannya.

Susulan kejadian ini, Liu akan menghadapi perbicaraan di mahkamah awam atas tuduhan membunuh kanak-kanak itu tidak lama lagi.— EdisiRakyat.com, 10 Jun 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post