Ads Top

Pelajar dakwa diliwat lebih 50 kali sepanjang 2 tahun

PERBUATAN jijik seorang guru terbongkar selepas hampir dua tahun setelah dia ditahan kerana didakwa telah meliwat seorang pelajarnya.

Suspek, seorang guru lelaki yang mengajar di sebuah sekolah di Mukah ditahan polis semalam susulan laporan polis yang diterima dari pelajar berusia 14 tahun tersebut yang mana telah menceritakan kejadian liwat tersebut kepada guru lain kerana tidak tahan diperlakukan sedemikian rupa.

Ketua polis daerah Mukah, Deputi Supritendan Jimmy Panyau ketika ditemubual sumber semalam dipetik sebagai berkata bahawa pelajar itu telah diliwat oleh gurunya sejak Ogos 2015 sehingga Mei tahun ini.

Hasil siasatan polis mendapati, mangsa yang tinggal di asrama sekolah itu, sering diajak suspek berusia 42 tahun itu bermalam bersamanya di hotel bajet sejak pelajar tersebut mula bersekolah di situ.



DSP Jimmy juga mendedahkan bahawa mangsa memberitahu polis bahawa suspek melakukan hubungan seks dengannya sebanyak 20 kali di kuarters guru dan di sebuah hotel di Kapit antara Ogos dan Disember 2015.

Mangsa tidak mengadukan perkara tersebut kepada sesiapa pada awalnya kerana takut dengan guru berkenaan, katanya.

Mangsa juga menyatakan bahawa dia telah diliwat oleh suspek kira-kira 30 kali di sebuah rumah di Kemuyang.

Manakala tahun ini antara Februari dan Mei, pelajar itu telah diliwat sebanyak 5 kali.

Susulan laporan tersebut, pelajar yang berasal dari Kapit telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan.

Suspek ditahan jam 10.40 pagi semalam di sebuah sekolah luar bandar di Kapit.

Suspek akan dibawa ke Balai Polis Mukah untuk siasatan di bawah seksyen 377 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan— EdisiRakyat.com, 15 Jun 2017

No comments:

Powered by Blogger.