Ads Top

Pensyarah UTM kongsi bagaimana powerbank boleh sebabkan kematian

SUSULAN satu kes kematian dilaporkan berkaitan penggunaan telefon bimbit ketika dicas melalui powerbank baru-baru ini, seorang pensyarah kanan dari Jabatan Elektrik Kuasa, Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia, Dr Jasrul Jamani Jamian berkongsi bagaimana pengecas mudah alih atau powebank boleh menyebabkan kematian.

Ianya disiarkan di sebuah portal berita tempatan berikutan orang ramai yang dilihat keliru dan tertanya-tanya bagaimana powerbank yang mempunyai voltan rendah mampu memberi impak yang besar sehingga boleh membawa maut.

Menurut beliau, kematian boleh terjadi disebabkan pengaliran arus pada jantung akibat litar pintas yang berlaku pada powerbank.



Dia dipetik sebagai berkata kepada sumber portal berita tempatan bahawa ramai orang tersalah anggap yang voltan rendah seperti 12 volt tidak mungkin boleh membunuh, sedangkan hakikatnya kematian bukan disebabkan oleh voltan tetapi nilai arus yang mengalir ke jantung yang boleh menjadi punca kematian.

Beliau memberikan contoh yang mana 2.1 Ampere merupakan nilai purata keluaran arus normal bagi powerbank sedangkan nilai arus litar pintas yang berlaku pada powerbank boleh melebihi 100 Ampere.

Kematian boleh berlaku hanya dengan arus elektrik bernilai 0.5 Ampere yang mengalir ke jantung.

Pengaliran arus (thermal runaway) pada jantung hasil litar pintas dalam pengecas powerbank boleh mengakibatkan kesan melecur dan kesan yang lebih teruk jika terkena kulit.

Oleh itu orang ramai tidak digalakkan meletakkan power bank pada badan atau berdekatan drngannya ketika mengecas bagi mengelakkan sebarang kecederaan jika berlaku litar pintas.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan harga powerbank yang murah kerana dikuatiri tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan yang boleh mengelakkan berlakunya litar pintas.

Terdahulu, kita dikejutkan dengan kematian seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dipercayai akibat terkena renjatan daripada powerbank yang digunakan untuk mengecas telefon bimbit di rumahnya di Taman Merbok, Bukit Baru, Melaka, 28 Mei lalu.

Dia ditemui ibunya dalam keadaan terbaring sambil menggunakan fon telinga yang bersambung pada telefon bimbit sambil dicas dengan menggunakan powerbank dalam keadaan melecur di bahagian bahu.

Kejadian ini menimbulkan perbalahan antara netizen di laman sosial tentang bagaimana sebuah powerbank bervoltan rendah mampu menyebabkan kematian. — EdisiRakyat.com, 3 Jun 2017

Sumber: Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.