Ads Top

PUSPAKOM tawarkan pemeriksaan kenderaan secara percuma menjelang musim perayaan

BULAN perayaan adalah bulan yang sangat dinanti di mana semua umat Islam ingin keluar menziarahi sanak saudara. Bagi yang bukan Islam, pasti mengambil kesempatan menghabiskan cuti dengan melawat tempat peranginan.

Ini meningkatkan kuantiti pengguna di jalan raya yang mana di musim perayaan  statistik kemalangan yang tinggi dilaporkan kerap dilaporkan setiap tahun.

Adalah amat penting untuk memastikan kenderaan anda berada dalam keadaan selamat untuk perjalanan yang jauh untuk mengurangkan risiko kemalangan.



Nah, ini berita baik dari PUSPAKOM di mana mereka menawarkan pemeriksaan kenderaan sukarela secara percuma mulai 13 Jun hingga 23 Jun termasuk hari Sabtu di semua cawangan PUSPAKOM dari jam 8 pagi hingga 5 petang mengikut waktu bekerja di setiap kawasan.



Sebarang pertanyaan boleh diajukan di talian 1-800-88 6927 atau lawati laman sesawang www.puspakom.com.my EdisiRakyat.com, 5 Jun 2017

No comments:

Powered by Blogger.