Ads Top

Wanita ini tidak makan gula selama 28 tahun, lihat hasilnya

DARI sosok tubuhnya yang menawan tiada siapa menyangka bahawa wanita ini sudah berusia 70 tahun.

Setelah Saban tahun menjadi penggemar makanan manis, Carolyn Hartz cuba menukar gaya pemakanannya dengan menghentikan pengambilan gula dalam kehidupan seharian.

Kini setelah hampir 30 tahun berlalu, Carolyn berasa keputusannya menghentikan pengambilan gula benar-benar tepat. Tubuh yang persis seorang model pasti dicemburui oleh para gadis yang mengidamkan bentuk tubuh menawan.

Menghentikan tabiat mengambil makanan manis dan ketagihan pada gula awalnya adalah sesuatu yang sukar bagi Carolyn.



Tetapi beliau menanamkan keyakinan yang kuat bahawa meninggalkan tabiat pengambilan gula mampu mengekalkan kesihatannya dan memberi bentuk tubuh badan yang menarik.

Bagaimana dia mampu melakukannya?

Beliau memastikan yang dia mengambil makanan berasaskan protein dalam setiap hidangan terutamanya ketika sarapan pagi.

Cara ingin sangat berkesan untuk menggantikan keinginannya terhadap makanan manis.

Beliau juga menambah bahawa tidaklah perlu untuk terlalu memaksa diri meninggalkan makanan yang anda gemari tetapi pastikan pengambilan dalam kuantiti yang sedikit.

Ini kerana semakin meningkat umur kita sistem metabolisma tubuh badan semakin lemah seiring dengan peningkatan usia.

Kerana kesedaran Itulah kita perlu mengawal pemakanan dan memilih makanan yang sihat serta bekerja lebih keras untuk mengawal pemakanan.

Beliau meletakkan kepercayaan bahawa adalah penting untuk mengenalpasti jenis makanan yang kita ambil dan kuantiti yang perlu kita makan kerana apa yang kita ambil itu merupakan faktor besar yang mempengaruhi kesihatan tubuh badan.



Untuk menambah rasa manis dalam makanan, beliau menggunakan sejenis pemanis yang dikenali sebagai Xylitol yang mana Ia merupakan sejenis bahan pengganti gula semulajadi yang boleh didapati daripada buah-buahan beri dan sayur-sayuran.

Walaubagaimanapun, perlu diketahui bahawa Carolyn merupakan pengasas sebuah syarikat bahan pemanis. Walaupun menjadi pengamal bebas gula mempunyai banyak manfaat, jelas sekali dia terpaksa menjejaskan penampilan awet muda yang dimiliki dengan mengambil bahan pemanis selain gula.

Carolyn juga menambah bahawa, untuk tampil sihat dan kuat, faktor kedua yang terpenting adalah mendapatkan tidur yang cukup.

Dia mengamalkan tidur lapan jam sehari pada waktu malam dan itulah yang diamalkan sepanjang hidupnya.

Baginya, itulah waktu terbaik untuk memperbaharui dan membaik pulih sistem tubuh badan. EdisiRakyat.com, 2 Jun 2017

No comments:

Powered by Blogger.