Ads Top

Wanita Vietnam dakwa dicabul pemandu Uber ditahan polis

SEORANG wanita warga Vietnam yang sebelum ini mendakwa telah dicabul oleh seorang pemandu Uber menyebabkan lelaki itu dipukul oleh sekumpulan lelaki bersenjata termasuk suaminya telah ditahan polis hari ini.

OCPD cawangan Georgetown, Asistant Komisioner​, Anuar Omar dalam satu temubual oleh sumber akhbar tempatan dipetik sebagai berkata, unit bahagian Jenayah Berat menahan wanita berusia 43 tahun tersebut selepas dia hadir ke pejabat polis Patani Road bagi membantu siasatan di bawah seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata.

Pihak polis dijangkakan akan membuat permohonan reman mulai esok, tambahnya lagi.

Terdahulu, wanita Vietnam berkenaan mendakwa dicabul oleh seorang pemandu Uber yang mana lelaki tersebut dikatakn telah membuka seluarnya sehingga menampakkan kemaluannya dan menarik tangan mangsa ke kelangkangnya.



Sejurus tiba di rumah, wanita itu kemudian menceritakan kejadian tersebut kepada suaminya.

Suami wanita tersebut naik berang dan menyuruh wanita berkenaan memerangkap pemandu Uber tersebut dengan menelefonnya semula kononnya untuk menggunakan khidmat Uber keesokan hari.

Ketika pemandu Uber itu datang mengambil wanita berkenaan di satu lokasi di Paya Terubong, secara tiba-tiba kereta yang dipandunya ditahan oleh sekumpulan lelaki berbangsa cina yang mana ada diantara mereka membawa kayu besbol dan membelasahnya beramai-ramai.



Susulan kejadian, pemandu Uber, suami wanita tersebut dan beberapa orang lelaki telah ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 11 Jun.

Kes akan disiasat di bawah seksyen 354/377D Kanun Keseksaan kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan dan seksyen 248 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata.— EdisiRakyat.com, 8 Jun 2017

No comments:

Powered by Blogger.