Ads Top

Buaya muncul di Sungai Klang punca Lebuhraya LDP sesak

KEHADIRAN seekor buaya yang boleh disaksikan di Sungai Klang, berdekatan Tol Batu 13, dilaporkan menjadi punca kepada kesesakan teruk lalu lintas Lebuhraya Damansara -Puchong (LDP) lantaran orang ramai yang ingin tahu berkumpul untuk menyaksikan reptilia itu.

Seorang jurucakap bomba dan penyelamat Selangor memaklumkan bahawa pihaknya ada menerima panggilan tentang kehadiran buaya kira-kira jam 9 pagi hari Sabtu.

Katanya, buaya tersebut dianggarkan sepanjang 3 hingga 4 meter.

Difahamkan berpuluh-puluh pemerhati yang terdiri daripada orang ramai termasuk penunggang motosikal dan penduduk yang tinggal berdekatan, berkumpul di tebing sungai untuk melihat buaya itu yang dilihat berenang-renang ditengah-tengah sungai.



Jurucakap itu turut dipetik sebagai berkata bahawa kes tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

"Kakitangan kami kini sedang memantau situasi di tempat tersebut," tambahnya lagi. — EdisiRakyat.com, 23 September 2017

No comments:

Powered by Blogger.