Ads Top

Guru ditahan reman didakwa dua kali rogol murid tingkatan 2

SEORANG guru sekolah menengah ditahan kerana didakwa merogol seorang pelajar dan telah direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Pihak polis telah menerima kebenaran reman terhadap guru berusia 51 tahun itu selepas suspek dibawa ke Mahkamah majistret pagi ini.

Majistret  Zulhairil Sulaiman memerintahkan suspek ditahan reman bagi membolehkan siasatan dijalankan ke atasnya.

Guru tersebut dilaporkan telah ditahan di rumahnya di Tapah, Siburan selepas satu aduan polis dibuat oleh ibu mangsa kira-kira jam 5 petang semalam.

Mangsa seorang pelajar tingkatan 2, dikatakan telah mendedahkan kejadian itu kepada guru kaunseling sekolah yang kemudiannya memaklumkan kepada ibu bapa remaja berkenaan.

Mangsa mendakwa telah dirogol sebanyak dua kali oleh guru tersebut. Kedua-dua kejadian berlaku dalam kereta suspek, yang diparkir di lokasi terpencil di kawasan Siburan, pada bulan Ogos dan September.



Kes tersebut kini disiasat dibawah seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. — EdisiRakyat.com, 20 September 2017

No comments:

Powered by Blogger.