Lompat parti: Najib kena "game" dengan Adun PKR kata Shamsul

AHLI Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin membayangkan bahawa Najib telah dipermainkan oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dikatakan ingin melompat parti bagi menubuhkan kerajaan baru di Negeri Selangor.

Menurut Shamsul yang juga Naib Presiden PKR, beliau ada menerima beberapa panggilan telefon sejak semalam daripada beberapa Adun-adun parti itu yang ditawarkan untuk melompat dari seseorang yang mewakili parti Najib.

"Hari ini saya mendapat panggilan telefon daripada salah seorang ahli dewan undangan negeri Selangor, yang memberitahu bahawa dia mendapat tawaran untuk lompat." Tulisnya di halaman facebook rasmi beliau.




"Saya yakin dan percaya panggilan telefon ini dan juga beberapa panggilan telefon yang berlegar sejak dari petang semalam tentu mempunyai kaitan dengan sidang media khas yang gagal semalam,"

"Saya amat positif bahawa Najib telah diyakinkan kononnya akan ada kemasukan besar-besaran ahli-ahli dewan undangan negeri ke dalam parti Najib. Tetapi ia hanya mainan politik untuk 'game' kan Najib. Mungkin juga ada adun-adun Keadilan yang ingin kenakan Najib." kata Shamsul.

Sidang media khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam dilaporkan sepatutnya lebih dari sekadar mengumumkan kemasukan Bekas MB Selangor, Tan Sri Mohammad Muhd Taib kembali ke pangkuan Umno.

Beliau sepatutnya membawa bersamanya lapan ahli dewan undangan negeri (Adun) dan menyebabkan pentadbiran Mohamed Azmin Ali tumbang lapor portal The Malaysian Insight (TMI).

Percaturan politik penyertaan semula Muhammad ke dalam Umno melibatkan lapan Adun PKR bergabung bersama 12 Adun Umno dan 13 Adun PAS serta bekas Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim untuk membentuk barisan 34 Adun yang sudah cukup untuk membentuk sebuah kerajaan di Selangor. DUN Selangor mempunyai 56 kerusi. — EdisiRakyat.com, 18 September 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post