Pelajar tingkatan 3 lahirkan anak dalam surau sekolah

SEORANG pelajar tingkatan 3 dilapor melahirkan seorang bayi perempuan dalam surau sekolah di Bandar Baru Serting Jempol, Negeri Sembilan hari ini.

Ketua Polis Jempol, Azham Shah Azlan berkata pihak polis ada menerima satu panggilan dari sekolah berkenaan pada jam 10.30 pagi selepas pelajar wanita berusia 15 tahun itu didapati tidak sedarkan diri di dalam surau.

"Seorang anggota polis telah pergi ke lokasi dan menemui pelajar berkenaan terbaring dengan seorang bayi perempuan di atas dadanya."

"Pelajar itu dipercayai telah melahirkan bayi berkenaan sebelum dia ditemui, dia kemudiannya dihantar ke hospital Jempol untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.



Tambahnya lagi siasatan awal pihak polis membawa kepada tangkapan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun untuk membantu siasatan.

Menurutnya, kes tersebut kini sedang disiasat di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan. — EdisiRakyat.com, 19 September 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post