Ads Top

Saman fitnah: NST perlu bayar RM450,000 kepada Guan Eng dan Ramasamy

NEW Straits Times Press (NST) dilaporkan perlu membayar sejumlah RM450,000 untuk kerosakan dan kos perundangan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan timbalannya P. Ramasamy selepas ia menarik balik rayuan dalam satu saman fitnah.

Pegawai undang-undang khas, Ketua Menteri Pulau Pinang, Raja Syarafina Raja Shuib dipetik sebagai berkata syarikat penerbitan itu telah menarik balik rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menyebelahi Lim dan Ramasamy berhubung satu artikel yang diterbitkan di atas talian pada 2013.

"NST perlu membayar sejumlah RM459,000 yang mana RM200,000 akan diberikan kepada Lim dan Ramasamy masing-masing, sementara RM50,000 sebagai kos perundangan," katanya dalam satu sidang media di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini.

Tambahnya lagi, NST telah menarik balik rayuannya pada 29 Ogos lalu.

Lim dan Ramasamy telah memfailkan satu saman fitnah terhadap NST dan Predeep Nambiar, seorang wartawan yang bertugas dengan akhbar itu, berhubung satu artikel bertajuk "Indian-interest group claims thugs interrupted meeting" yang diterbitkan di atas talian pada 4 Disember 2013.



Mereka pada awalnya tewas berhubung kes tersebut apabila Mahkamah Tinggi menolak saman tersebut. Namun mereka memfailkan satu rayuan dan pada 6 September tahun lalu mahkamah rayuan membuat keputusan yang menyebelahi mereka dan menganugerahkan Lim dan Ramasamy masing-masing RM200,000 ganti rugi kerosakan dan RM50,000 sebagai kos perundangan.

Menurut Raja Syarafina, mahkamah rayuan menegaskan fakta bahawa perkataan-perkataan yang digunakan di dalam artikel tersebut telah mendedahkan Lim dan Ramasamy kepada "cemuhan, kebencian dan penghinaan" dan NST sepatutnya mendapatkan maklum balas serta pengesahan daripada mereka berhubung tuduhan terhadap mereka sebelum  meluluskan penerbitan.

Dakwanya lagi pemimpin-pemimpin kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang telah menjadi sasaran utama serangan-serangan palsu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, terutama ketika menjelang pilihan raya umum.

"NST telah terbukti di mahkamah memfitnah dan menerbit kan laporan berita palsu terhadap personaliti-personaliti politik yang bukan dari Barisan Nasional," katanya.

"Malangnya, kekalahan di dalam kes-kes fitnah seperti ini tidak menghalang mereka daripada terus melakukan fitnah seperti itu," tambahnya. — EdisiRakyat.com, 21 September 217

No comments:

Powered by Blogger.