Satu lagi sekolah tahfiz terbakar kali ini di Negeri Sembilan

SEKOLAH Tahfiz Yayasan Sofa Astana di Raja Chengkau, Rembau Negeri Sembilan dilaporkan mengalami kebakaran pada awal pagi hari ini mengakibatkan tiga pelajar memerlukan rawatan perubatan akibat sesak nafas terhidu asap.

Kesemua 37 penduduk hostel, bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dari kebakaran tersebut, yang berlaku tidak sampai sebulan selepas kejadian kebakaran memusnahkan Pusat Tahfiz Darul Quran ilIttifaqiyah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur mengorbankan 21 pelajar serta 2 orang warden.

Kebakaran itu dilaporkan telah memusnahkan lebih 60 peratus bangunan hostel perempuan dua tingkat lapor NST yang memetik kenyataan Mohd Fuad, penolong pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Rembau.



Menurutnya, pihak bomba menerima satu panggilan kecemasan pada jam 1.50 pagi, dan pihak bomba tiba di tempat kejadian pada jam 2.05 pagi. Kebakaran tersebut telah dipadamkan sepenuhnya.



Dalam perkembangan lain, 2 remaja suspek yang ditahan berhubung kebakaran Sekolah Tahfiz di Dato Keramat, akan didakwa hari ini atas kesalahan membunuh. — EdisiRakyat.com, 28 September 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post