Ads Top

Suspek bakar tahfiz pernah kena belasah sebab kencingkan jalur gemilang

SATU demi satu kisah 7 remaja nakal, suspek yang membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dirungkai dan dibongkarkan oleh pihak media.

Terbaru, temubual bersama penduduk di sekitar tahfiz berkenaan, oleh wartawan Harian Metro (HM) mendapati bahawa suspek-suspek remaja itu begitu terkenal nakal di kawasan tersebut sehingga mendapat jolokan "geng bermasaalah".

Salah seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mah, 60 mendakwa pada bulan lalu, salah seorang remaja yang ditahan itu pernah dibelasah oleh penduduk setempat kerana kencing di atas Jalur Gemilang.

Dakwanya lagi, perangai remaja itu sememangnya menakutkan penduduk. Justeru dia tidak hairan sekiranya kumpulan remaja itu sanggup bertindak melakukan perkara kejam (membakar tahfiz).

"Bulan lalu, salah seorang remaja yang ditahan itu pernah dibelasah orang ramai yang berdekatan gelanggang futsal kerana kencing atas bendera Malaysia.

"Penduduk yang tidak berpuas hati dengan tindakan itu membelasahnya sebelum bapa remaja itu tiba dan memarahi orang ramai," katanya seperti yang dipetik oleh HM.

Malah menurutnya lagi, bapa remaja berkenaan turut ditampar oleh orang ramai kerana mempertahankan tindakan biadab anaknya itu.

"Banyak perbuatan dilakukan budak jahat itu yang membuat orang ramai marah. Pantang ditegur mesti ada kereta penduduk calar.

"Malah ada satu kejadian yang akan diingati penduduk iaitu sekumpulan remaja ini sanggup melempar najis ke kereta orang," katanya.

Seorang pengawal keselamatan di Taman Tasik Datuk Keramat mendakwa dia terpaksa berhenti kerja kerana tidak tahan dengan kelakuan kumpulan remaja berkenaan.



Menurut Adnan, 57 dia mengenali semua tujuh remaja yang ditahan dan mengakui remaja terbabit sering berada di kawasan taman pada lewat malam sehingga jam 4 pagi untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah.

"Apabila saya datang untuk mengusir mereka dari kawasan taman, mereka menyorok atau lari, selepas itu mereka muncul semula untuk menghisap gam atau ganja.

"Sudah banyak kali saya dipermainkan oleh mereka," katanya.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Fairus, 32 pula mendakwa dia rapat dengan beberapa pelajar pusat tahfiz berkenaan kerana kerap berjoging bersama dan mereka pernah mengadu mengenai kelakuan kumpulan remaja nakal sering mengganggu serta mengugut mereka.

Katanya, pelajar tahfiz pernah mengambil gambar dan merakam video kumpulan remaja itu ketika sedang asyik menghisap ganja lalu diugut supaya memadamnya.

"Mereka (pelajar tahfiz) diugut supaya memadam gambar dan video itu, jika tidak mereka akan menerima nasib buruk sama seperti remaja yang pernah dipukul oleh Mamat (samseng yang sedang menjalani hukuman penjara).

"Mamat pernah memukul seorang remaja lain menggunakan kayu sehingga mati. Jadi kumpulan remaja ini seakan bayangan Mamat kerana bertindak di luar kawalan," katanya. — EdisiRakyat.com, 20 September 2017

6 comments:

  1. Budak-budak anak warga asing ni bukan manusia tapi syaitan bertopeng manusia. Nampak macam manusia tapi sebenarnya syaitan

    ReplyDelete
    Replies
    1. warga asing.. erkkk kan anak melayu tu...

      Delete
  2. bukan itu warga negara tetap ini negara pasir berdengung ka? pui kah..kah..kah..kah..?

    ReplyDelete
  3. Bangsa indon ni ada kod dna org2 yg melakukan kerosakan(formosa)...Sblm kawin sila check bakal pasangan samada ada darah indon atau tak��..klu sambil lewa pilih pasangan maka lahirlah zuriat yg tak kenal Allah swt...Klu mereka kenal Allah tak kan sanggup mereka bakar sek tahfiz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kena mengena dengan bangsa indonesia pulak ni? Dah kalau memang orang tu jahat/busuk hati/nakal dari diri dia sendiri lah, kenapa nak libatkan bangsa pulak. Tak masuk akal betul.

      Delete
  4. Ni bukan kategori nakal.. melainkan ketegori jahat.. budak jahat

    ReplyDelete

Powered by Blogger.