Ads Top

Suspek kedua kes bunuh anggota polis ditangkap

SEORANG suspek kedua berhubung kes pembunuhan seorang anggota polis di balai polis Pinggiran Subang Jaya dilaporkan telah ditangkap.

Ketua Polis Selangor, Fadzil Ahmat dilaporkan berkata seorang pekerja Syarikat penghantar barang berusia 35 tahun yang berasal dari Kelantan telah ditahan sekitar jam 11.15 hari selasa.

"Suspek telah ditahan bagi membantu kita menjalankan siasatan. Kami telah menahan remannya selama seminggu," katanya.

SAC Fadzil turut menambah bahawa pihak polis akan menentukan sama ada tahanan reman suspek pertama yang ditahan berhubung pembunuhan tersebut akan dilanjutkan.


Sebelum ini media tempatan melaporkan L/Kpl Valentino Mesa ditemui mati di balai polis pada jam 3.25 pagi hari Khamis lalu dengan kesan kelar dan satu kesan tembakan di kepalanya.

Seorang pekerja kilang berusia 30 tahun yang berasal dari Sibu telah ditangkap dan direman pada hari berikutnya berhubung kejadian pembunuhan tersebut.

Pihak polis masih lagi sedang menjalankan siasatan terhadap video CCTV di kawasan tersebut untuk mendapatkan lebih banyak petunjuk.

Mayat L/Kpl Mesa telah diterbangkan pulang ke kampung halamannya di Sarikei untuk upacara pengebumian.

Tembakan dilepaskan pada jarak dekat dan pistol miliknya jenis Walther P99 dilaporkan hilang dari tempat kejadian.

Pihak polis dilaporkan enggan mendedahkan sebarang kemungkinan motif pembunuhan kerana tidak mahu menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan. — EdisiRakyat.com, 6 September 2017

1 comment:

  1. kes Inspector ditembak di Balai Polis Pasir Puteh Kelantan per citer. Senyap ja, takkan bunuh diri dengan 2 das tembakan kot ???

    ReplyDelete

Powered by Blogger.