Hakim bebaskan suspek kes ganja selepas polis mengaku tipu mahkamah

MAHKAMAH Tinggi Seremban dilapor melepas dan membebaskan seorang pelajar berusia 20 tahun dari Korea Selatan daripada tuduhan mengedar dadah selepas seorang pegawai polis mengaku menipu ketika menjawab soalan balas peguam bela.

Hakim Abu Bakar Jais membebaskan Kim Yung Soung selepas pendakwaan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan kes berkenaan.

"Selepas mengambil kira kedua belah pihak, saya dengan ini melepas dan membebaskan tertuduh," kata hakim seperti yang dipetik oleh portal The Star.

Kim dituduh mengedar 219g ganja di sebuah apartment di Bandar Baru Nilai Pada 19 Oktober tahun lalu. Tuduhan itu boleh membawa kepada hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.



Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Rahimah Abdul Majid memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan kes berkenaan, dan mahu tertuduh dibebaskan tanpa dilepaskan.

Bagaimanapun peguam yang mewakili Kim, Gobind Singh Deo berhujah bahawa anak guamnya patut dibebas dan dilepaskan daripada kesalahan tersebut.

"Anak guam saya juga telah ditahan reman hampir setahun. Tuduhan berkenaan tidak boleh dibiarkan tergantung-gantung dalam fikirannya," katanya.

Gobind berkata, fakta bahawa pegawai polis berusia 27 tahun yang mengetuai serbuan di apartmen berkenaan, telah mengaku menipu di dalam mahkamah, membuktikan bahawa dia bukan seorang seksi yang beribawa.

"Dia telah terang-terangan menipu. Itu pun selepas kita mencabarnya dan memberitahu dia bahawa kita akan memulakan prosiding Penghinaan Mahkamah terhadapnya tranny kita ada bukti bahwa dia menipu, dan dia telah mengakuinya," katanya.

Dalam prosiding mahkamah minggu lalu, Inspektor berkenaan telah mengaku bahawa dia menipu walaupun ditanya beberapa kali adakah terdapat orang lain bersama-sama dengan 10 orang pasukan penyerbu, ketika mereka menyerbu apartment Kim.

Malah dia tetap bertegas mengatakan tidak ada orang lain bersama dengan pihak polis ketika pihak pembelaan mendakwa mereka mempunyai rakaman CCTV menunjukkan bahawa terdapat seorang lagi individu hadir dalam keadaan bergari. — EdisiRakyat.com, 4 Oktober 217

Post a Comment

Previous Post Next Post