Ads Top

Premis McDonald's kena serbu selepas ramai jatuh sakit makan burger

PIHAK berkuasa dilaporkan menyerbu pejabat McDonald's Corp pada hari rabu, berikutan aduan ramai kanak-kanak jatuh sakit selepas makan burger keluaran syarikat itu yang dikatakan tidak cukup masak lapor Yonhap News Agency dan beberapa media lain di Korea Selatan.

Menurut laporan itu, pendakwaraya daerah di Seoul telah merampas beberapa dokumen dan bukti dari pejabat berkenaan dan tiga lagi syarikat, termasuk sebuah syarikat pembekal bahan.

Salah seorang jurucakap pejabat berkenaan telah mengesahkan serbuan itu kepada Reuters, namun beliau tidak memberikan sebarang alasan atau butiran lanjut. Pihak pendakwaraya pula dilaporkan tidak dapat dihubungi segera bagi mendapatkan ulasan berkenaan isu terbabit.



Pada bulan Julai lalu, seorang pengguna telah memfailkan aduan terhadap syarikat Amerika Syarikat itu mendakwa anak perempuannya yang berusia 4 tahun dikesan menghidap hemolytic uremic syndrome, yang sering dirujuk sebagai penyakit hamburger, selepas menderita kerosakan buah pinggang yang tidak boleh sembuh akibat makan sebuah burger McDonald's tahun lalu, lapor Yonhap.

Beberapa aduan turut difailkan oleh ibu bapa 4 lagi kanak-kanak yang dikatakan jatuh sakit selepas makan burger-burger Mcdonalds.

Pada bulan Ogos, pelanggan-pelanggan di sebuah premis McDonald yang terletak di barat daya Bandar Jeonju mengalami sakit perut dan demam teruk selepas makan Burger Bulgogi.

Rantaian makanan segera itu telah menghentikan seketika jualan burger berkenaan yang dilancarkan pada tahun 1997 untuk mengenal pasti punca.

McDonald's ketika itu memaklumkan bahawa ia memberikan kerjasama kepada siasatan yang dijalankan oleh kerajaan Korea Selatan berkenaan kes pencemaran makanan.

Tahun lalu perbincangan untuk menjual perniagaan McDonald's Korea Selatan kepada sebuah syarikat tempatan KG Chemical Corporation gatal disebabkan "perbezaan pendapat yang besar" EdisiRakyat.com, 19 Oktober 2017

No comments:

Powered by Blogger.