Harimau Siberia serang gadis penjaga zoo yang datang bawa makanan

SEEKOR Harimau Siberia dilaporkan menyerang dan menggigit seorang penjaga zoo, ketika gadis itu datang membawakan makanan ke dalam kurungan untuk haiwan jantan tersebut yang berusia 16 tahun.

Mujur para pengunjung zoo yang terkejut menyaksikan kejadian itu, segera bertindak dengan menjerit dan membaling batu untuk mengalihkan perhatiannya.

Mereka turut mencampakkan beberapa barangan lain seperti kerusi, dan meja yang diambil daripada kafe berdekatan.

Susulan tindakan yang dilaporkan berjaya mengalihkan perhatian Harimau Siberia yang diberi nama Taifun itu, wanita terbabit berjaya melarikan diri ke kawasan yang selamat.

Pekerja zoo yang tidak dinamakan, berasal dari Kaliningrad, Russia itu dilaporkan cedera parah, serta mengalami banyak kesan kecederaan di muka dan badan.

harimau siberia serang wanita

Gadis itu segera dikejarkan ke hospital akibat kecederaan parah yang dialaminya, namun dijangka mampu bertahan untuk terus hidup.

"Wajah gadis itu berlumuran darah," kata salah seorang saksi di tempat kejadian seperti yang dipetik oleh Metro.co.uk

Kakitangan zoo yang lain tidak berada di tempat kejadian ketika serangan di luar jangkaan itu berlaku.

Harimau Siberia berkenaan, yang juga merupakan kucing paling besar di dunia, sepatutnya dikurung di sebuah lagi bahagian dalam kurungan tersebut ketika gadis itu membawakan makanan.

Namun difahamkan terdapat masalah tertentu yang berlaku sehinggakan harimau itu mampu menyerang.

Seorang jurucakap berkata: "haiwan itu masuk ke dalam kawasan di mana gadis penjaga zoo berada, harimau itu memang menyerang manusia,"

"Para pelawat dengan jeritan, batu dan benda-benda lain berjaya mengalihkan perhatian haiwan itu,"

kurungan harimau siberia

"Ia membolehkan gadis itu bersembunyi dalam sebuah bilik di bahagian belakang kurungan, sebelum kakitangan zoo kemudiannya datang ke tempat kejadian dan menembak ubat pelali kepada harimau itu,"

Seorang jurucakap Kementerian Kesihatan tempatan berkata: "Pesakit yang telah dihantar ke hospital, mengalami banyak kecederaan di bahagian badan, kaki dan tangan,"

"Dia kini sedar, keadaannya dinilai sebagai stabil namun sangat parah,"

"Keadaannya tidak mengancam nyawa,"

Gadis itu dilaporkan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di salah sebuah hospital di Kaliningrad, sebuah wilayah Russia yang terletak di antara negara Poland dan Lithuania.

Harimau Siberia berkenaan dilahirkan pada 1 Julai 2001 di Zoo Chelyabinsk sebelum Ia kemudiannya dipindahkan ke Zoo Kaliningrad.

Satu sumber dipetik mengatakan "Taifun tidak pernah menunjukkan tindakan agresif kepada kakitangan zoo sebelum ini," EdisiRakyat.com, 6 November 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post