Jabatan Meteorologi dedah punca hujan luar biasa di Pulau Pinang

JUMLAH luar biasa hujan lebat yang berterusan di Pulau Pinang dan sebahagian kawasan di Kedah sehingga mengakibatkan banjir besar sejak hari Sabtu adalah disebabkan kawasan bertekanan rendah di kedua-dua buah negeri itu.

Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD), Alui Bahari yang dilaporkan berkata, kawasan bertekanan rendah itu telah menarik udara lembab dan angin kencang mengakibatkan hujan lebat sehingga jabatan itu mengeluarkan amaran peringkat merah di kedua-kedua negeri berkenaan pada malam Sabtu.

"Hujan luar biasa yang berterusan di Pulau Pinang dan sebahagian kawasan di Kedah pada 4 dan 5 November, disebabkan oleh kawasan bertekanan rendah. Kawasan ini telah menjadi titik tumpuan angin dan kelembapan tahap tinggi mengakibatkan hujan lebat turun secara berterusan berserta ribut,"



"Kawasan bertekanan rendah ini pada mulanya terbentuk di Laut China Selatan pada hujung bulan lalu, Dan telah bergerak melepasi Selatan Thailand sebelum tiba ke Semenanjung Malaysia pada 4 November," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik oleh NST.

Menurut Alui, bacaan hujan di stesen-stesen MMD di utara menunjukkan jumlah hujan yang paling tinggi pada kemuncaknya pada malam Sabtu.

Katanya lagi, kawasan-kawasan seperti Prai, mencatatkan 225.6 mm hujan pada hari Sabtu, yang mana Ia lebih tinggi berbanding bacaan 5.6 mm jumlah hujan dicatatkan di kawasan yang sama sehari sebelum itu.

The rain in Prai decreased to 73.4mm as of 11am today.

Bagaimanapun jumlah hujan di Prai menurun kepada 73.4mm pada pukul 11 pagi hari ini.

Hujan lebat juga berlaku pada hari Sabtu di Butterworth (233mm), Bayan Lepas (174.5mm), Alor Star (41.4mm), dan Chuping (39.6) di Perlis.

Menjelaskan mengenai corak cuaca kebelakangan ini, Alui berkata, pihaknya telah mengeluarkan amaran tentang hujan lebat sejak lima hari lalu, dan informasi itu telah disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA), lain-lain agensi, dan ia telah disebarkan melalui laman sesawang dan Facebook.

MMD telah mengeluarkan amaran hujan lebat tahap kuning, pada 1 November, melibatkan Kelantan, Terengganu, Perak, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

"Hujan berterusan telah berlaku pada 2 dan 3 November di Kelantan, Terengganu, dan ia telah bergerak menuju ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang pada 4 November,"

"Disebabkan Hujan lebat yang berterusan, amaran berkenaan telah ditingkatkan kepada dia amaran peringkat jingga Pada petang 4 November untuk Perlis, Perak, Kedah dan Pulau Pinang,"

"Pada awal malam semalam (4 November), peningkatan hujan lebat telah menyebabkan MMD mengeluarkan amaran peringkat merah untuk Pulau Pinang dan sebahagian kawasan di Kedah,"

"Sehingga pagi ini, hujan dijangka berterusan sehingga malam di kawasan Utara. Ketegori Hujan lebat telah diturunkan kepada amaran jingga disebabkan kawasan bertekanan rendah kini sudah menjadi lemah," kata Alui.

Alui menolak teori dan dakwaan mengatakan hujan lebat luar biasa dan berterusan di utara mungkin berpunca daripada kesan kesan Taufan Damrey di Vietnam.

"Perubahan cuaca seperti yang kita telah lihat boleh merentasi sempadan. Namun dalam kes ini, Hujan lebat di utara mungkin mempunyai kesan tidak langsung dari ribut berkenaan. Kedudukan kita sangat jauh daripada kawasan puting beliung," kata Alui. EdisiRakyat.com, 5 November 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post