Talbinah, makanan sunnah yang banyak khasiatnya

TALBINAH ialah sejenis makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat yang digunakan dalam perubatan islam.

Minuman ini dinamakan talbinah kerana warnanya putih seperti warna susu.

Cara membuatnya adalah dengan :

Mencampurkan susu dan minuman yang dibuat daripada barli dan ditambah dengan madu lebah asli untuk menambahkan rasa manisnya.

susu madu

+

barli


Khasiat talbinah dalam perubatan Islam

1. Bertindak sebagai penenang

Dengan meminum talbinah mampu memberi ketenangan kerana sifatnya yang lembut dan mudah dihadam.

Daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Aisyah bahawa beliau telah menyuruh agar talbinah disediakan kepada orang yang sakit dan orang yang bersedih atas kematian seseorang.

Beliau berkata: "Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'Sesungguhnya talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan".


2. Merawat penyakit pada sistem penghadaman

Talbinah dikatakan dapat membantu merawat penyakit pada sistem penghadaman seperti penyakit sembelit,  mengawal daripada penyakit kanser usus, mengawal daripada penyakit celiac disease iaitu penyakit yang menghalang fungsi saluran-saluran kecil di dalam perut daripada menyerap lemak, vitamin dan zat yang diperlukan oleh tubuh.

susu talbinah


Ia juga dapat membantu merawat kegemukan dan penyakit berbahaya yang lahir daripada kegemukan.


3. Membantu menghilangkan kesedihan dan kemurungan (depresi)

Rasulullah SAW pernah mengesyorkan penggunaan talbinah bagi mereka yang ditimpa musibah sebagaimana yang tertulis dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dalam buku Shahih al-Bukhari, Juz 7, halaman 75 yang bermaksud:

Diriwayatkan daripada Aisyah, isteri nabi bahawa apabila seseorang meninggal dunia dalam kalangan ahli keluarga, kaum wanita akan berkumpul bagi tujuan itu.

Kemudian mereka semua beredar melainkan ahli keluarganya dan kerabat rapatnya. Lalu, beliau meminta supaya dibawakan sejumlah talbinah lantas dimasak. Setelah itu, tsarid (potongan kecil roti yang dicampur dengan air rebusan daging) disediakan, seterusnya talbinah dituangkan ke atasnya.

Kemudian beliau berkata, 'makanlah ia kerana sesungguhnya saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'Talbinah dapat menenangkan hati pesakit serta menghilangkan sebahagian kesedihan."

Antara bahan utama yang dapat membantu mengurangkan kemurungan (depresi) yang terdapat dalam talbinah ialah asid amino, mineral, vitamin B dan antioksidan.


4. Mengatasi penyakit darah tinggi

Talbinah dapat mengatasi penyakit darah tinggi kerana kandungannya yang kaya dengan kalium yang berperanan menyeimbangkan garam dan air di dalam tubuh badan.

penyait darah tinggi


Selain itu, talbinah berfungsi melancarkan pembuangan air kencing yang mana ia membantu membebaskan tubuh dari lebihan bahan cecair.


5. Kawalan penyakit kanser dan melambatkan penuaan

Talbinah boleh mengatasi masalah radikal bebas iaitu oksigen yang bergerak secara bersendirian di dalam tubuh yang boleh menjadi punca penyakit kanser.

Dengan kawalan radikal bebas dan sifatnya yang kaya antioksidan ini juga dapat melambatkan proses penuaan dan membuatkan mereka yang gemar meminum minuman ini awet muda.

Talbinah yang kaya dengan vitamin A juga dapat membantu mengawal penyakit kanser daripada merebak.


6. Membantu mengurangkan kolestrol di dalam darah

Terdapat beberapa kajian yang dibuat menunjukkan bahawa talbinah yang kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral sangat berperanan mengurangkan kadar kolestrol tidak baik di dalam darah.


7. Mengatasi penyakit sukar tidur (insomnia)

Insomnia ialah ketidakupayaan untuk tidur atau ketidakupayaan tidur selama tempoh yang munasabah.

Penghidap insomnia biasanya merungut kerana tidak berupaya lelap atau 'merehatkan minda' melebihi beberapa minit.

Insomnia biasanya disebabkan oleh tekanan, kebimbangan, ubat, ketakutan, herba, kafein, kemurungan atau kadangkala tanpa sebarang sebab yang ketara.

Minda yang terlalu aktif serta sakit fizikal juga boleh menjadi puncanya.

sukar tidur


Dengan pengambilan talbinah, dapat mengatasi penyakit kesukaran tidur kerana talbinah mengandungi hormon prostaglofin iaitu hormon yang menyebabkan mengantuk.


8. Menurunkan kadar gula di dalam darah

Talbinah kaya dengan serat (fiber) yang boleh larut dan serat yang tidak boleh larut yang diperlukan oleh tubuh.

Serat-serat tersebut mengawal kadar gula dan lemak di dalam darah.


9. Menguatkan sistem imun tubuh

Talbinah memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah pertembungan oksigen yang bergerak secara berasingan dalam tubuh dengan lemak-lemak yang tidak boleh dicerna pada dinding sel yang menyebabkan kerosakan sel-sel tubuh.

Zarah-zarah oksigen biasanya akan berpasangan dan apabila zarah-zarah oksigen itu berasingan, zarah- zarah itu akan bergerak secara tidak menentu untuk mengajar pasangannya yang menyebabkan berlaku pertembungan.

Bahan antioksidan yang terdapat dalam talbinah akan mengaktifkan sistem ketahanan tubuh untuk mengawal dinding dinding sel bagi menentang kuman-kuman yang merosakkannya.

sistem-imun


Jika zarah oksigen yang berasingan itu berkumpul pada dinding saluran darah boleh menyempitkan saluran darah dan jika berkumpul pada kulit boleh menyebabkan berlaku penuaan yang cepat dan mewujudkan kedutan pada kulit.

Jika zarah tersebut berkumpul di bahagian otak, daya ingatan boleh menjadi lemah dan berkemungkinan akan hilang.

Kandungan vitamin A dan E yang banyak dalam talbinah dapat mengatasi masalah ini daripada berlaku.— EdisiRakyat.com, 4 November 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post