Ads Top

Dadah jenis baru boleh ubah manusia jadi "zombie" kata menteri

KERAJAAN hari ini dilapor memberi amaran kepada masyarakat tentang ancaman serius akibat penyebaran dadah dadah sintetik yang boleh mengubah mengambilnya berkelakuan seperti "zombie".

Menteri Kemajuan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dilaporkan berkata, usaha dari semua pihak diperlukan untuk membanteras kehadiran dadah-dadah yang mengandungi bahan-bahan psychoactive yang boleh mengubah seseorang menjadi agresif atau seperti zombie.

Katanya Kementerian akan bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), jabatan narkotik polis, dan agensi-agensi berkaitan untuk menentang penggunaan dadah seperti ini.

Zombie dalam filem Resident Evil

"Pengurusan sekolah pun perlu mengambil langkah membanteras penggunaan dadah ini,"

"Peningkatan yang dilihat dalam masyarakat tempatan adalah membimbangkan, pengedar bahan-bahan seperti ini sudah menjadi lebih kreatif, malah memasukkannya dalam gula-gula untuk memancing para pelajar,"

"Kita juga akan menekankan tentang penggunaan 'najis dadah' dalam kempen kita untuk menunjukkan betapa serius isu ini dan bagaimana dadah boleh memberi kesan besar kepada masyarakat,"

"Kami sedar bahawa perkataan 'najis dadah' tidak digunakan secara meluas berbanding sebelum ini," katanya kepada wartawan seperti yang dipetik oleh NST.

Rohani turut menasihatkan orang ramai, terutama generasi baru supaya menjauhi dadah kerana ianya sukar untuk dipulihkan apabila seseorang sudah ketagih.

Sebelum ini dilaporkan negara berdepan ancaman baru bahan-bahan psychoactive yang boleh menghasilkan halusinasi lebih berbahaya.

Bahan-bahan ini dihasilkan dalam bentuk pil atau kapsul, ia boleh mengakibatkan individu yang mengambilnya menjadi aktif luar biasa, agresif dan gila. — EdisiRakyat.com, 3 Disember 2017

No comments:

Powered by Blogger.