Ads Top

Mahkamah Tinggi putuskan pendakwaan terhadap Ketua Pemuda PKR berniat jahat

MAHKAMAH tinggi memutuskan, pendakwaan kali kedua terhadap Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung Blackout 505 dibuat dengan niat jahat 

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan perkara itu selepas membenarkan Nik Nazmi mengambil tindakan saman terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan kerajaan berhubung pendakwaan berniat jahat dan penyalahgunaan kuasa.

Mahkamah memerintahkan defendan pertama dan kedua (Abdul Gani dan kerajaan) membayar sejumlah RM230,000 ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk dan juga RM100,000 ganti rugi kos.

Menurut Ahmad Zaidi, walaupun pihak pendakwaan mempunyai kuasa untuk mendakwa, hujah plaintif (Nik Nazmi) yang mengatakan pihak pendakwa mempunyai niat jahat tidak dapat dinafikan.

Beliau juga menyatakan bahawa testimoni saksi-saksi defendan tidak lebih dari sekadar khabar angin semata-mata.

Menurut hakim, tindakan Abdul Gani mengarahkan pendakwaan kali kedua terhadap plantif, walaupun Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 tidak selari dengan perlembagaan, dan kes berkenaan masih dibicarakan di Mahkamah Persekutuan, menunjukkan tidak hormat kepada keputusan mahkamah.

"Saya tidak faham bagaimana defendan pertama boleh mengarahkan plaintif untuk didakwa dibawah seksyen yang sama untuk kali kedua, dan apa yang mengejutkan arahan itu datang dari seorang yang penting," kata Ahmad Zaidi.

Kamal Azira Hassan, peguam kanan persekutuan, mewakili Abdul Gani dan kerajaan sementara Nik Nazmi diwakili oleh peguam Linda Yii.

Nik Nazmi mendakwa beliau telah dituduh semula di Mahkamah Seksyen selepas mahkamah yang sama sebelum itu telah membebaskannya atas kesalahan yang sama, berikutan Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Seksyen 9(5) APA tidak mengikut perlembagaan.



Plaintif kali pertama dituduh pada 17 Mei 2013, didakwa mengambil bahagian dalam satu perhimpunan haram di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya sekitar jam 8.30 malam pada 8 May tahun yang sama.

Mahkamah telah membebaskannya pada 5 Mei 2014, dan beliau didakwa semula pada keesokkan hari. Mahkamah bagaimanapun kemudiannya membebaskan beliau pada hari yang sama. — EdisiRakyat.com, 26 Disember 2017

1 comment:

  1. Sya kerja di Taichung Taiwan 4 THN 5 bulan. dlu Amat trsiksa Majikan gak baik Tiap hari di marahin kerja terus 24 jam jarang istrahat. waktunya tidur mlm Kerja sampe subuh pgi apalagi libur sekolah sibuk masak" boro" bisa istrirahat, pokoknya kerja.. kerja truss... jd TKW Bikin kapok tersiksa batin 4 THN lebih., kebetulan wktu itu ada teman Q kenal namanya Mbah Suroto di facebook, awalnya sya ikut-ikutan melihat temanku, ternyata setelah kubuktikan hasilnya memang luar biasa..!! katanya sering di bantu sm beliau. ternyata dia seorang guru spritual Pesugihan Anka Togel 2D sampai 6D dan Pesugihan Dana Ghaib , tp sya beranikan diri coba telpon beliau. dan sya memilih Pesugihan Dana Ghaib nya. Alhamdulillah benar2 terbukti nyata hasilnya, sya di Taiwan bisa pulang ke indonesia degan selamat jg dah Alhamdulilah..  jika sampean minat ingin tlpn beliau ini nmr nya +6282291277145 smg bisa di bantu sprti sya. Amin...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.