Monorel Melaka mula beroperasi semula sejak 4 Disember 2017

BERITA baik buat warga Melaka dimana perkhidmatan monorel berdekatan sungai Melaka yang tertangguh sejak empat tahun lalu mulai beroperasi sejak semalam.

Datuk Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah, Datuk Zainal Hussin, dipetik dalam Harian Metro berkata, "perkhidmatan monorel itu beroperasi mulai jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari dengan harga tiket di antara RM10 hingga RM15.

Bagi yang berminat untuk merasai pengalaman menaiki monorel bolehlah membeli tiket di kaunter aras 1 Bangunan Monorel, Stesen Tun Ali berhampiran Restoran Melayu Melaka.

Pada hari jumaat dan Sabtu pula, perkhidmatan akan dilanjutkan sehingga jam 12 tengah malam.

Buat masa ini perkhidmatan monorel yang dikendalikan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) itu hanya mempunyai satu gerabak yang boleh menampung seramai 24 penumpang dengan laluan sehala dan mengambil masa kira-kira 30 minit bagi jarak perjalanan sejauh kira-kira tiga kilometer", tambahnya lagi.

Walaupun jarak perjalanan hanya sejauh 3km, ia merupakan salah satu tarikan kepada penduduk tempatan dan pelancong kerana melalui kawasan- kawasan tumpuan yang menarik.



Laluan monorel bermula dari Stesen Tun Ali ke Taman Rempah seterusnya melalui The Shore dan ke Pirate Park diikuti Kampung Morten sebelum menuju kembali ke Stesen Tun Ali.

"Terdahulu perkhidmatan monorel ini yang menelan belanja RM16.5 juta untuk pembinaan terpaksa digantung perkhidmatannya berikutan kejadian dua penumpang yang juga pelancong dari Britain terkandas pada November 2011.

Ia bagi membolehkan penyelenggaraan dan penambahbaikan dibuat', katanya lagi.

Menurut sumber lagi, salah seorang penumpang yang sempat ditemubual , S Murugan, 51, dipetik sebagai mengatakan perkhidmatan monorel yang kembali beroperasi sejak terbengkalai pada 2013 itu sekali gus menepis dakwaan segelintir masyarakat yang kecewa dengan projek pelancongan ini yang dikatakan terbiar.— EdisiRakyat.com, 4 Disember 2017

1 Comments

  1. mrt singapura lagi murah dan bagus. ini 3km dah rm 10. kepala bapak engkaulah! changi airport terbaik di dunia. malaysia apa yang ada?

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post