Ads Top

Rakyat Malaysia kena penjara rakam video di tandas lelaki

SEORANG lelaki rakyat Malaysia dilaporkan sanggup masuk satu persatu tandas pasaraya yang terletak di Orchard Road, Singapura semata-mata untuk merakam video dan gambar lelaki di dalam bilik-bilik kecil tandas tersebut.

Lelaki itu dilaporkan telah merakam sekurang-kurangnya 40 gambar dan rakaman video berunsur lucah, termasuk aktiviti-aktiviti menjijikkan.

Pada hari rabu 6 Disember, Colin Teo Han dijatuhkan hukuman penjara selama 10 minggu dan denda S$4,000 (RM12,000) oleh sebuah mahkamah di republik itu, selepas mengaku bersalah atas 5 tuduhan menghasilkan filem lucah, empat tuduhan mengganggu ketenteraman awam, dan juga tuduhan memiliki satu filem lucah.

Sebanyak 30 lagi kesalahan-kesalahan serupa, telah dipertimbangkan semasa hukuman tersebut dijatuhkan terhadapnya.

Teo, seorang rakyat Malaysia yang bertugas sebagai eksekutif jualan, dengan sebuah syarikat farmaseutikal dilapor melakukan kesalahan-kesalahan tersebut pada 12 tarikh-tarikh yang berbeza di antara 8 Mac dan 9 September tahun lalu. Sekurang-kurangnya seramai 33 individu menjadi mangsa.

Timbalan pendakwa raya Jesintha Veijayaratnam memberitahu mahkamah bahawa Teo masuk ke bilik kecil tandas dan meletakkan telefon bimbitnya di sekatan dinding untuk merakam mangsa di bilik kecil tandas yang bersebelahan.

peep

Perbuatan itu akhirnya terbongkar selepas seorang lelaki menyedari telefon berkenaan sebelum mengambilnya. Terkejut apabila melihat gambar dirinya sedang kencing dalam telefon itu, mangsa segera memadam gambar-gambar tersebut.

Mangsa yang tidak boleh didedahkan identitinya atas arahan mahkamah, turut menyaksikan video-video lucah lelaki lain dalam tandas, segera melaporkan Teo kepada pihak pengurusan Paragon Mall. Satu aduan kepada pihak polis telah dibuat berhubung kes tersebut.

Antara video-video lucah yang ditemui bersamanya, terdapat dua video yang dirakam oleh Teo ketika dia berada di Jepun.

Timbalan pendakwa raya Yvonne Poon memberitahu mahkamah, "terdapat ancaman penyebaran" rakaman yang dimilikinya.

"Dia telah merakam kejadian itu, dan dia dengan sengaja menyimpannya," katanya.

Pihak pendakwaan yang diketuai oleh DPP Poon, meminta hukuman penjara 6 bulan dikenakan dengan alasan rakaman-rakaman tersebut "menjatuhkan maruah" mangsa, namun Hakim enggan merujuk perkara itu kepada perihal maruah.

Mahkamah diberitahu bahawa tiada sebarang peruntukan dalam undang-undang bagi kesalahan menjatuhkan maruah seorang lelaki.

Sambil menyebut bahawa Teo dituduh kerana kesalahan di bawah Akta Filem, hakim berkata perkara seperti itu adalah menjadi tanggungjawab parlimen untuk memutuskannya, dan beliau enggan merujuk kepada hujahan berkaitan maruah. — EdisiRakyat.com, 7 Disember 2017

No comments:

Powered by Blogger.