Barang kemas hilang, ibu libas anak dengan pisau potong daging

SEORANG ibu yang mengamuk akibat kehilangan barang kemas dilapor melibas pisau pemotong daging ke arah tiga orang anaknya mengakibatkan mereka mengalami kecederaan dalam kejadian yang berlaku di sebuah apartmen di Putatan, Sabah.

Dalam kejadian yang dilapor berlaku jam 7 malam semalam, wanita itu menyuruh empat orang anaknya berusia antara 7 dan 15 tahun untuk mencari cincin dan gelang miliknya yang telah hilang pada hari Ahad lalu.

Apabila mereka gagal menemukan barang kemas tersebut, wanita itu dilaporkan meradang lalu memukul anak-anaknya.

Malah dia turut mengugut untuk membunuh anak-anaknya sebelum mengambil sebilah pisau pemotong daging dan melibas ke arah anak-anaknya dengan niat menakutkan mereka supaya mengaku mengambil barang kemas tersebut.

ibu libas anak

Namun tanpa disangka-sangka, tiga daripada anak-anaknya telah terkena libasan pisau pemotong daging itu.

Anak-anak itu segera melarikan diri dalam ketakutan dan meminta bantuan dari jiran, yang kemudian telah membawa mereka ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitenden Mohd Haris Ibrahim dilaporkan sebagai berkata, wanita berusia 34 tahun itu telah ditahan dirumahnya pada jam 10 malam. — EdisiRakyat.com, 16 Januari 2018

Post a Comment

0 Comments