Kedai menjual aksesori fasyen jadi makmal dadah

PIHAK polis dilapor menyerbu sebuah kedai menjual aksesori fesyen yang diubah suai menjadi makmal dadah dan merampas pelbagai jenis dadah susulan penahanan lapan orang termasuk seorang lelaki warga Sri Lanka.

Ketua Polis Negeri, Datuk Hasnan Hassan dilaporkan berkata bahawa sindiket berkenaan dipercayai telah menjalankan operasi sejak dua bulan lalu.

Katanya, di antara lapan individu yang ditahan adalah seorang perempuan, dan kesemua suspek berusia di antara 24 dan 47 tahun.

Menurut Hasnan, serbuan yang dijalankan itu merupakan operasi bersama di antara Kumpulan Risikan Taktikal Khas Narkotik (STING) Bukit Aman dan Jabatan Narkotik negeri.

"Makmal dadah itu beroperasi di tingkat satu sebuah kedai menjual aksesori fesyen di Jelapang,"

"Selain dadah jenis paraphernalia, polis turut merampas heroin, ganja, dan kafein dari makmal dadah berkenaan dan juga dari kereta milik salah seorang suspek," katanya

Kata Hasnan, polis telah menahan lima individu di Ipoh sementara dalam satu lagi serbuan di sebuah kedai kopi, di Damansara Selangor 3 lagi ahli sindiket telah ditahan.

Kesemua tujuh suspek yang ditahan mempunyai rekod-rekod jenayah lampau berkenaan dadah dan lain-lain.

Rampasan dadah dianggarkan bernilai RM619,412

"Kesemua suspek telah ditahan reman selama 6 hari sehingga 23 Januari untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," kata Hasnan. — EdisiRakyat.com, 18 Januari 2018

Makmal Dadah

Post a Comment

0 Comments