Lim Kit Siang beransur sembuh selepas pembedahan

PEMIMPIN Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Kit Siang dilaporkan kini beransur sihat selepas melalui pembedahan kanser tahap 1 di salah satu buah pinggangnya.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, yang mengesahkan tentang perkara itu berkata, Lim, 76 beransur sihat selepas pembedahan membuang satu tumor kecil di buah pinggang kirinya.

Menurut Liew, Lim akan kembali aktif mengetuai barisan hadapan politik hujung bulan ini.

"Beliau (Lim) sudah sembuh (dari pembedahan dan rawatan) dan pada 27 Jan, beliau akan mula bertemu dengan rakyat di Johor," katanya

Pada Disember lalu, Lim dikesan menghidap kanser tahap 1 dan telah berehat selama sebulan selepas rawatan dan pembedahan, kata Liew.

Kesihatan pemimpin pembangkang itu menimbulkan persoalan kerana tidak hadir ketika Konvensyen Pakatan Harapan 2018 di Shah Alam pada 7 Jan 2018. — EdisiRakyat.com, 19 Januari 2018


Lim Kit Siang

Post a Comment

Previous Post Next Post