Lima buah sekolah di Sarawak ditutup akibat banjir

HUJAN berpanjangan yang mengakibatkan kejadian banjir di beberapa kawasan di Sarawak memaksa Jabatan Pendidikan Sarawak menutup 5 buah sekolah rendah hari ini.

Seramai lebih 300 murid dan 63 guru terjejas dengan penutupan sementara sekolah-sekolah berkenaan, yang dilapor ditenggelami air sedalam antara 0.3m dan 1m.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Negeri, dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa dua buah sekolah yang terjejas ialah, SK Sungai Bong dan SK Kuala Bok terletak di Baram, berhampiran Miri, Sarawak.

"Sekolah-sekolah lain yang ditutup kerana oleh situasi banjir yang semakin memburuk, adalah SK Ng Bon di Sibu, SK Kuala Kenyana di Mukah dan SK Rumah Ranggong di Subis," tulis kenyataan itu.

Menurut sekretariat itu, banjir berkenaan juga turut menjejaskan 8 lagi sekolah di Subis, Miri, Baram dan Selangau. Sekolah yang dimaksudkan ialah SK Sungai Manong, SK Sungai Kelabit, SK Sungai Seputi, SK Pengarah Enteri, SK Sungai Peking, SK Sungai Anak, SK Sungai Buloh, dan SK Iban Union.

"Sekolah sekolah berkenaan bagaimanapun masih beroperasi seperti biasa kerana situasi banjir di kawasan tersebut masih selamat untuk murid-murid dan guru," tulis kenyataan itu lagi. — EdisiRakyat.com, 15 Januari 2018

Sekolah ditutup akibat banjir

Post a Comment

Previous Post Next Post