Pekerja kedai runcit "kantoi" rancang kejadian ragut terhadap diri sendiri

SEORANG pekerja kedai runcit di Ipoh, Perak dilaporkan "kantoi" sengaja merancang kejadian ragut ke atas dirinya yang berlaku ketika sedang dalam perjalanan memasukkan duit hasil jualan kedai.


Akhirnya kecurigaan pihak polis terbukti benar apabila lelaki berusia 23 tahun itu mengaku bahawa kejadian ragut itu hanyalah satu muslihat, dan penjenayah berkenaan sebenarnya adalah rakannya.


Lelaki tersebut yang bekerja dengan sebuah kedai runcit 24 jam, mendakwa menjadi mangsa ragut dua penjenayah ketika dalam perjalanan ke bank pada 9.30pm.


Dakwanya dua lelaki menunggang sebuah motosikal telah meragut beg miliknya yang mengandungi wang tunai berjumlah RM30,000.


Dakwanya lagi, dia cuba untuk melawan namun gagal, dan penjenayah tersebut telah melarikan diri dengan beg miliknya yang mengandungi wang tunai, juga kad pengenalan, lesen memandu, sejumlah wang tunai RM200 miliknya dan sebuah telefon bimbit. 


Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby dilaporkan berkata, selepas disoal siasat lelaki tersebut menangis, dan mengaku bahawa rompakan tersebut adalah palsu.


"Dia telah merancang rompakan berkenaan dengan menyuruh dua orang rakannya untuk meragut bag sandang miliknya," katanya.


Lelaki itu telah ditahan di hadapan Pusat Perniagaan Greentown, pada jam 3pm, manakala dua lagi rakannya berumur 22 dan 24 telah ditangkap di dua lokasi berasingan pada jam 9:30pm.


Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun berkumpulan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, atau sebatan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. — EdisiRakyat.com, 22 Januari 2018

wang tunai

Post a Comment

Previous Post Next Post