Ads Top

Rasuah bola sepak: wanita berpangkat datuk pula ditahan SPRM

SEORANG wanita, ahli perniagaan berpangkat datuk, berusia 47 tahun dilapor merupakan individu ketiga ditahan di Seremban oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan mengatur perlawanan bola sepak.

Wanita berkenaan yang juga merupakan individu yang menaja sebuah kelab bola sepak amatur, ditahan hari ini di ibu pejabat SPRM negeripada jam 2:30pm.

Portal NST memetik sumber yang memaklumkan, wanita berkenaan dipercayai telah membayar pasukan lawan, melalui pengurus kelabnya, bagi memastikan pasukannya menang dalam perlawanan Liga Bolasepak Rakyat (LBR) dalam bulan November tahun lalu.

Lokap SPRM

"Pasukan wanita berkenaan menang besar dalam perlawanan tersebut, sekaligus menimbulkan rasa curiga seterusnya satu laporan telah dibuat kepada SPRM," kata sumber berkenaan.

Individu pertama yang ditahan adalah jurulatih bola sepak berusia 40 tahun. Suspek telah ditahan selama lima hari bermula 5 Januari. Dua hari kemudian, Suruhanjaya itu memperolehi perintah tahanan reman terhadap pengurus pasukan berusia 38 tahun.

Pengarah Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani dilapor telah mengesahkan penahanan ahli perniagaan wanita tersebut.

Katanya wanita itu dijangka akan dibawa ke Mahkamah Khas Reman esok. — EdisiRakyat.com, 10 Januari 2018

No comments:

Powered by Blogger.