Tiga termasuk remaja perempuan ditahan kerana merompak

POLIS di Kepala Batas, dilapor menahan tiga orang termasuk seorang remaja perempuan kerana merompak seorang warga asing dengan mengugutnya menggunakan pisau.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, tangkapan itu dijalankan susulan satu aduan dibuat pada pukul 12.30pm oleh seorang lelaki warga Pakistan yang mengadu dirompak oleh 4 individu.

Berdasarkan aduan, seramai empat individu datang menaiki dua motosikal dan mengugut untuk mencederakan mangsa menggunakan pisau dan meminta barangan berharga miliknya.

"Bertindak atas aduan tersebut, kami telah menahan dua lelaki berumur 18 dan 21, di Permatang Sungai Dua, sebelum mereka kemudiannya membawa kami kepada seseorang remaja perempuan yang turut ditahan. Remaja itu dipercayai adalah rakan sejenayah,"

jenayah

"Semasa siasatan, dua lelaki berkenaan mengaku melakukan jenayah tersebut sementara remaja perempuan itu pula terlibat dengan satu lagi kes serupa bersama mereka,"

"Mereka mempunyai seorang lagi rakan subahat yang masih bebas," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Kedua-dua lelaki tersebut didapati positif dadah dan salah seorang daripada mereka mempunyai rekod lampau kesalahan berkaitan bahan terlarang itu.

Ketiga-tiga mereka akan direman sehingga 14 Januari untuk siasatan lanjut.

Kes berkenaan disiasat di bawah kesalahan samun berkumpulan dan cubaan membunuh atau mendatangkan kecederaan parah. — EdisiRakyat.com, 8 Januari 2018

Post a Comment

0 Comments