Wanita berjaya rawat kepak rama-rama yang terkoyak

SEORANG wanita dilaporkan berjaya mencantumkan kembali kepak seekor rama-rama yang telah terkoyak sekaligus membolehkan serangga malang itu kembali terbang dan meneruskan kitaran hidupnya.

Rama-rama berkenaan hanya berusia beberapa hari, ketika Romy McCloskey menjumpainya dalam keadaan tidak berupaya untuk terbang lantaran sebahagian besar kepak kanannya telah terkoyak lapor Metro.co.uk

Oleh kerana merasa tidak sampai hati untuk membiarkan rama-rama berkenaan, cik McCloskey lantas memutuskan untuk menyelamatkannya.

rama-rama koyak kepak

Apa yang sangat mengkagumkan, Ms McCloskey berjaya merawat serangga itu dengan cara menampal gentian kepak daripada seekor rama-rama lain yang telah mati.

Pereka kostum yang sememangnya mencintai serangga itu, memulakan rawatan dengan memegang serangga itu ke arah bawah menggunakan satu penyangkut baju di rumahnya yang terletak berhampiran Houston, Texas, Amerika.

"Saya menyambung kepaknya dengan berhati-hati, dan memotong kawasan yang terkoyak agar ia bersih dan berbentuk tegak,"

Rawat rama-rama

  "Saya padankan kepak penderma dengan kepak rama-rama yang hidup itu, sebelum memotongnya supaya melengkapi kawasan yang terkoyak,"

"Kemudian saya letakkan beberapa titis gam ke atas setiap gentian kepak itu dan menyebarkannya secara nipis dan sekata sepanjang hujung kepak itu dan membiarkannya kering," katanya.

Dia kemudiannya memastikan kedua-dua gentian kepak itu berpadanan sebelum menekannya secara lembut dan berhati-hati.

rama-rama

Menurut Cik MsCloskey, prosedur yang dijalankan itu tidak menyakitkan kerana rama-rama tidak mempunyai reseptor sakit di bahagian kepak.

Pada keesokkan harinya Cik MsCloskey membawa rama-rama itu keluar dan ia mula terbang tinggi dan laju dengan penuh yakin.
"Saya sangat teruja, saya bersorak dan hati saya menjerit bersama-sama dengannya," tambahnya. — EdisiRakyat.com, 16 Januari 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post