Ads Top

Lelaki mengaku bunuh kekasih didakwa di mahkamah

SEORANG lelaki bekerja sebagai pengawal keselamatan yang dilaporkan mengaku membunuh kekasihnya kepada pihak polis Isnin lalu, dituduh di mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.


Tertuduh berusia 37 tahun, M gunasegaran dikatakan telah membunuh D Tharani, 35 di tempat letak kereta Pasaraya Giant Kota Damansara pada 5 Februari sekitar 1.50pm.


Dia dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati sekiranya sabit kesalahan.


Majistret Nor Ariffin Hisham mendengar sebutan kes berkenaan oleh timbalan pendakwaraya Fazeedah Faik.


Perbicaraan itu diperhatikan oleh peguam M. Manoharan, yang dilantik oleh keluarga tertuduh.


Tertuduh tiba di mahkamah sekitar jam 11 pagi dan kelihatan tenang sepanjang perbicaraan.


pak guard bunuh kekasih

Ketika kertas tuduhan dibacakan terhadap Gunasegaran, dia hanya mengangguk tanda faham, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.


Majistret Nor Ariffin tetapkan 13 April sebagai tarikh sebutan semula kes, sementara menunggu laporan bertulis berkaitan penyiasatan.


Tertuduh akan ditahan reman di penjara Sungai Buloh sepanjang perbicaraan.


Ayah mangsa, M. Devarajoo, 67 dan kakaknya D. Gunavathi, 39 turut hadir di mahkamah.


Pada 5 Februari lalu, Gunasegaran dilaporkan memandu kereta jenis Honda City milik Tharani ke Balai Polis Damansara, membawa mayat terkulai di tempat duduk bahagian hadapan kereta, dan mengaku telah membunuhnya.


Tertuduh segera ditahan oleh pihak polis yang turut menemui senjata dalam kereta berkenaan.


Difahamkan tertuduh baru mengenali mangsa selama kira-kira tiga bulan sebelum kejadian tersebut.


Mangsa bekerja sebagai kerani pengurusan di sebuah pejabat pengurusan kondominium di Kota Damansara di mana tertuduh turut bekerja di situ. — EdisiRakyat.com, 13 Februari 2018

No comments:

Powered by Blogger.