Ads Top

Lelaki nekad bakar rumah mertua kerana Isteri

SEORANG lelaki disyaki bertindak nekad membakar rumah mertuanya di Kampung Melikai Menumbok dekat Beaufort ekoran masalah rumah tangga dengan isterinya.


Menurut ketua polis Beaufort, DSP Azmir Abdul Razak seperti yang dilaporkan oleh bernama dipetik sebagai berkata, "Suspek membakar rumah tersebut dengan menggunakan dua botol berisi petrol yang dilemparkan ke arah rumah tersebut sehingga menyebabkan pintu rumah dan kerusi terbakar.


Dalam laporan itu juga, Azmir dipetik menyatakan ketika insiden itu berlaku, lapan orang berada di dalam rumah tersebut termasuk isteri suspek, 4 orang kanak-kanak dan ibu bapa mertua suspek. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan mangsa telah membuat laporan polis berkaitan insiden itu.


lelaki bakar rumah mertua

Menurut isteri suspek, ketika kejadian dia dan kakaknya sedang menonton televisyen di ruang tamu sebelum mendengar bunyi seperti sesuatu dilemparkan di luar rumah.


Ketika itu juga kelihatan tiba-tiba pintu rumah terbakar menyebabkan wanita itu dan kakaknya menjerit sebelum bergegas lari ke luar rumah untuk memadamkan api.


Menurut kenyataan saksi kejadian dalam satu rakaman percakapan, dia melihat sosok tubuh yang dikenali menghampiri rumah tersebut kira-kira jam 9.50 malam dalam keadaan mencurigakan.Orang itu merupakan suami pengadu itu sendiri.


DSP Azmir menambah, dalam siasatan awal, " Pengadu ada menjelaskan bahawa dia dan suaminya mempunyai konflik rumah tangga dan mereka di dalam proses untuk bercerai.


Pengadu mengakui pernah dipukul oleh suspek dan suspek pernah mengugut mahu mati bersama isterinya jika dia(pengadu) masih mahu meneruskan penceraian dan tidak pulang kepadanya.


Mereka telah mendirikan rumahtangga hampir lapan tahun dan mempunyai dua orang anak.


Kes akan disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan menggunakan api.— EdisiRakyat.com, 26 Februari 2018

1 comment:

  1. Terima kasih banyak kepada teman saya yang di Singapura ..! berkat postingan dia di halaman facebook TKI Sukses saya baca. Saya bisa kenal nama nya Mbah Suroto. saya tidak tau apa ini secara kebetulan saja. Tapi yang jelas saya berani sumpah demi alloh kalau saya tidak menikmati hasil nya bantuan dari mbah.

    waktu itu setelah pikir-pikir kurang lebih 5 tahun kerja jadi Tkw di Saudi Arabia hanya jeritan batin saya alami. Berkat bantuan beliau melalui Pesugihan Dana Gaib nya ini alhamdulillah sekarang kehidupan saya jauh lebih baik dari sebelumnya.

    Tergantung keyakinan dan kepercayaan saja. Banyak pilihan di berikan yaitu Dana Hibah, penglaris usaha dagan, dana gaib, anka gaib togel 3D,4D,5D,6D jampi pelet, ingin cepat dapat pekerjaan, dll....

    Kini saya berbagi pengalaman saja sudah saya rasakan dan buktikan sampai sekarang. Atau mungkin ada teman mau hubungi langsung beliau ini nomer WhatsApp nya 0822 9127 7145 Semoga bermanfaat. aminn...

    Info lebih jelas nya buka saja situs beliau di sini https://pesugihanputihislamia.blogspot.com.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.