Polis kena kepung, dikejar sampai ke balai

TINDAKAN tujuh orang anggota polis yang masuk ke Kampung Seberang Tok Pi, Kuala Perlis untuk menahan seorang suspek yang dikehendaki seolah-oleh seperti menjolok sarang tebuan apabila mereka dikepung dan diserang sekumpulan kira-kira 40 orang lelaki bersenjatakan batu dan kayu Khamis lalu.


Menurut berita yang dipetik dalam laporan Utusan, abang suspek yang ditahan serta adik suspek pada mulanya berang melihat suspek ditahan sebelum memanggil rakan-rakannya.


Seorang daripada mereka bertindak nekad apabila cuba merempuh anggota polis bertugas dengan motosikal.


Menurut sumber harian metro, Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Zaini Talib ketika dihubungi dipetik sebagai berkata, "Sebelum kejadian pada jam 11.40 malam itu, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) menyerbu sebuah rumah tidak bernombor di Kuala Perlis.


40 serang polis

Serbuan yang diketuai seorang pegawai kanan berjaya menahan seorang suspek lelaki berusia 33 tahun yang dikehendaki berkaitan jenayah dan laporan polis yang diterima tahun lalu.


Ketika suspek yang merupakan seorang nelayan cuba dibawa anggota polis dengan menaiki van, tiba-tiba sekumpulan lelaki bertindak mengepung dan mempersoalkan tindakan pasukan polis melakukan penahanan.


Perasaan tidak puas hati dengan tindakan pasukan polis menahan suspek membawa kepada tindakan ganas dan diluar jangkaan kumpulan terbabit.


Mereka menghalang kenderaan polis dari bergerak dan membaling batu dan kayu malah turut merosakkan beberapa bahagian kenderaan berkenaan," katanya.


Menurutnya lagi, "Van polis akhirnya berjaya keluar dari kepungan dan halangan itu dan terus bergerak membawa suspek keluar dari kampung terbabit menuju ke Balai Polis Kuala Perlis.


Tidak berakhir disitu, tambahnya lagi, enam daripada kumpulan berkenaan bertindak nekad mengejar van sebelum tiga daripadanya menerjah masuk ke perkarangan Balai Polis Kuala Perlis tanpa kebenaran dan pas masuk dari pondok pengawal.


Tindakan provokasi tersebut ibarat seperti menjerut leher sendiri apabila polis yang berada di dalam balai bertindak menahan semua lelaki terbabit yang berusia antara 19 hingga 42 tahun bagi membantu siasatan.


Hasil siasatan awal mendapati berdasarkan ujian air kencing mendapati dua dari tujuh yang ditahan positif dadah jenis methamphetamine.


Keenam-enam lelaki terbabit direman sehingga 21 Februari untuk siasatan lanjut dan bakal didakwa kerana melakukan enam hingga tujuh kesalahan termasuk menghalang penjawat awam melakukan tugasan, menceroboh kawasan balai dan cubaan menyerang anggota polis.— EdisiRakyat.com, 20 Februari 2018

Post a Comment

1 Comments

  1. Ass,wr,wt saya atas Ibu salmah sangat berterima kasih banyak kepada AKI SOLEH atas bantuan pesugihan dana ghaib, kini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ternyata apa yang tertulis didalam blok AKI SOLEH itu semuanya benar benar terbukti nyata dan saya adalah salah satunya orang yang sudah membuktikannya sendiri,usaha kami dulunya bangkrut kini alhamdulillah sekarang sudah mulai bangkit lagi itu semua berkat bantuan AKI,saya tidak pernah menyangka kalau saya bisa sesukses seperti ini, dan kami sekeluarga tak lupah mengucapkan banyak berterima kasih kepada AKI,,bagi anda yang ingin dibantu sama AKI SOLEH silahkan hubungi di 082 313 336 747 insya allah AKI akan membantu anda dengan senang hati,pesugihan putih tanpa resiko apapun dan untuk lebih jelasnya buka saja blog AKI KLIK SITUS KAMI 
    Atau Chat/Tlpn di WhatsApp (WA)
    No WA Aki : 082313336747

    ReplyDelete