Rumah terbiar 15 tahun jadi 'rumah hantu'

MEMILIKI sebuah rumah sebagai aset tentunya menjadi Impian ramai orang. Berbeza pula dengan pemilik sebuah rumah yang sangat misteri sehingga pemilik rumah tersebut jarang kelihatan.


"Rumah yang dahulunya tersergam indah dan dijadikan rumah contoh paling cantik tetapi kini seperti rumah hantu," begitulah yang digambarkan seorang jiran Aishah Talib, 49, yang sempat ditemubual seperti yang dilaporkan dalam harian Metro.


Menurut Aishah, rumah itu yang terletak di Bandar Springhill tidak pernah diduduki pemiliknya mahupun disewakan sejak dibeli ketika awal pembukaan perumahan itu kira-kira 15 tahun yang lalu.


Beliau juga merasa agak hairan mengapa rumah itu tidak disewakan oleh pemiliknya yang kini tinggal di Johor Bharu jika tidak mahu diduduki sehingga rumah yang begitu cantik dahulunya kini digelar rumah hantu oleh kanak-kanak yang bermain di kawasan itu.


TAG

Menurutnya lagi, beliau merasa bimbang melihat rumah itu yang tidak pernah dibersihkan dan khuatir dengan pokok hiasan yang semakin membesar di laman tepi rumah itu kerana dibimbangi akan tumbang atau dahannya patah sehingga mengancam keselamatan.


Tambahnya yang dipetik dalam laporan harian metro ketika ditemui semalam, rumah itu kelihatan benar-benar diabaikan oleh pemilik rumah itu yang hanya kelihatan datang ke situ beberapa kali sahaja sejak beberapa tahun lalu dan beliau mendengar ura-ura bahagian dalam rumah itu sudah banyak yang reput dimakan anai-anai .


Dia hanya dapat melihat keadaan rumah dari luar sahaja dan tidak masuk ke dalam rumah kerana pagarnya berkunci.


Beliau pernah diajukan soalan sama ada tuan rumah itu hendak menjualkan atau menyewakan rumah tersebut, tetapi tidak dapat memberikab jawapan kerana dia juga tidak tahu.


Ada juga yang mempersoalkan kenapa beliau tidak membersihkan kawasan rumah sebelah sedangkan beliau tidak mampu berbuat demikian kerana keadaan yang berkunci.


Pihaknya juga merasa gusar jika terdapat binatang liar seperti ular atau lipan membiak di situ jika keadaan kawasan itu dibiarkan begitu sahaja.


Melihat kepada permasalahan ini, sumber cuba mendapatkan pandangan pihak majlis perbandaran Port Dickson.


Hasil temubual sumber yang dilaporkan Harian Metro,Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Zamri Mat Kasim dipetik sebagai berkata, pihak MPPD akan mengeluarkan notis untuk pemilik rumah membersihkan kawasan rumah dan akan mengenakan kompaun jika pemilik rumah tersebut gagal mematuhi notis yang dikeluarkan.


Namun, terdapat sedikit masalah yang timbul dimana pemilik rumah tersebut tidak dapat dikesan dimana cukai pintu juga tidak pernah dilunaskan.


Pihak mereka terpaksa melantik syarikat SWMCorp (SWM) untuk melakukan kerja-kerja pembersihan kerana keadaan rumah itu yang agak semak dikhuatiri membahayakan penghuni lain di rumah teres setingkat di kawasan perumahan tersebut.— EdisiRakyat.com, 23 Februari 2018

Post a Comment

1 Comments

  1. Terima kasih banyak kepada teman saya yang di Singapura ..! berkat postingan dia di halaman facebook TKI Sukses saya baca. Saya bisa kenal nama nya Mbah Suroto. saya tidak tau apa ini secara kebetulan saja. Tapi yang jelas saya berani sumpah demi alloh kalau saya tidak menikmati hasil nya bantuan dari mbah.

    waktu itu setelah pikir-pikir kurang lebih 5 tahun kerja jadi Tkw di Saudi Arabia hanya jeritan batin saya alami. Berkat bantuan beliau melalui Pesugihan Dana Gaib nya ini alhamdulillah sekarang kehidupan saya jauh lebih baik dari sebelumnya.

    Tergantung keyakinan dan kepercayaan saja. Banyak pilihan di berikan yaitu Dana Hibah, penglaris usaha dagan, dana gaib, anka gaib togel 3D,4D,5D,6D jampi pelet, ingin cepat dapat pekerjaan, dll....

    Kini saya berbagi pengalaman saja sudah saya rasakan dan buktikan sampai sekarang. Atau mungkin ada teman mau hubungi langsung beliau ini nomer WhatsApp nya 0822 9127 7145 Semoga bermanfaat. aminn...

    Info lebih jelas nya buka saja situs beliau di sini https://pesugihanputihislamia.blogspot.com.

    ReplyDelete