Ads Top

Geng samun berparang sasar kenderaan pacuan empat roda

SATU kumpulan penjenayah sedang giat diburu polis kerana aktif melakukan samun terhadap pemilik kenderaan di sekitar Sungai Long dan Bandar Mahkota Cheras.


Satu rakaman video disyaki suspek sebelum itu tular di media sosial memaparkan beberapa individu yang disyaki menggunakan kereta Perodua Myvi dengan nombor pendaftaran disyaki palsu yang dikatakan aktif melakukan samun di kawasan tersebut dengan kapsyen meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati.


Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir seperti yang dilaporkan dalam Harian Metro, penyamun ini meletakkan pemilik pacuan empat roda, Toyota Hilux sebagai sasaran utama untuk disamun.


penyamun Toyota hilux

Modus operandi kumpulan ini adalah dengan melakukan serangan dengan menggunakan parang dan pisau kepada pemilik kereta Toyota Hilux yang sedang berhenti di bahu jalan mahupun stesen minyak.


Mereka bukan sahaja melakukan jenayah samun di tempat tersembunyi malah berani melakukan jenayah samun di tempat terbuka dan berani berkeliaran dengan bersenjatakan parang.


Tambahnya lagi, mereka telah merekodkan satu kes samun dan empat kes cubaan samun pada tahun ini membabitkan kumpulan itu yang kesemuanya terdiri daripada lelaki tempatan.


Justeru itu, polis sudah membuka lima kertas siasatan iaitu salah satu kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 395/397 Kanun keseksaan atas kesalahan jenayah samun manakala empat lagi kes disiasat mengikut seksyen 393 kanun keseksaan atas kesalahan cubaan melakukan samun.


"Pihak kami sedang giat memburu kumpulan penjenayah itu berdasarkan maklumat yang diperolehi", katanya.


Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kumpulan ini supaya menghubungi pegawai risikan operasi bahagian Siasatan Jenayah ibu pejabat Polis Daerah IPD Kajang Asisten Supritenden Mohd Irwan di talian 0173168097.— EdisiRakyat.com, 24 Mac 2018

1 comment:

  1. Mohon maaf jika postingan ini menyinggung perasaan anda tapi saya hanya mau menceritakan pengalaman pribadi saya yang mengubah kehidupan saya menjadi sukses sekarang. dulu Saya bekerja di Singapura, tapi saya tidak menyerah dengan keadaan saya, tetap ikhtiar. Dulu pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos. sempat saya putus asa,gaji pun selalu di kirim ke indonesia untuk biaya anak sekolah, sedangkan hutang banyak, kebetulan buka-buka internet mendapatkan nomor hp Mbah Suro +6282354640471 katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan Pesugihan Dana Ghaib. dengan keadaan susah jadi saya coba beranikan diri hubungi dan berkenalan dengan beliau Mbah Suro, Dan saya menceritakan keadaan saya. Beliau menyarankan untuk mengatasi masalah perekonomian saya dengan Pesugihan Dana Ghaib nya. Dan alhamdulillah benar-benar terbukti nyata hasil nya sekarang. terima kasih banyak ya allah atas semua rerjekimu ini. Beliau juga bisa bantu seperti Pemasangan nomer Togel,pelet, dll

    ReplyDelete

Powered by Blogger.