Ads Top

Kanak-kanak dilahirkan secara Ceaserian lebih berisiko menghidap obesiti

TERDAPAT ibu yang bernasib baik dapat melahirkan anak secara normal tanpa sebarang masalah tapi bagi sesetengah ibu yang mengalami komplikasi ketika melahirkan,mereka terpaksa melalui proses pembedahan Ceaserian demi keselamatan ibu dan bayi.


Menurut satu penemuan hasil kajian dari Kanada menunjukkan pembedahan ceaserian memberi kesan kepada perkembangan bayi.


Mereka lebih berisiko mengalami obesiti berbanding bayi yang dilahirkan secara normal disebabkan perbezaan bakteria dalam usus.


Kajian oleh Universiti Alberta telah dilakukan keatas 935 orang ibu dan bayi mereka untuk menguji bagaimana cara kelahiran mempengaruhi risiko obesiti di kalangan kanak-kanak khususnya bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai berat badan berlebihan.


kanak-kanak obesiti

Hasil kajian penyelidik dari Universiti tersebut mendapati bayi yang dilahirkan secara normal oleh ibu yang berlebihan berat badan atau obesiti mempunyai tiga kali ganda kebarangkalian untuk mempunyai berat badan berlebihan pada usia satu hingga tiga tahun berbanding bayi yang dilahirkan secara normal oleh ibu yang mempunyai berat badan normal.


Manakala bayi yang dilahirkan oleh ibu obesiti atau mempunyai berat badan berlebihan yang melahirkan anak secara ceaserian mempunyai risiko lima kali ganda mengalami obesiti.


Menurut ketua penyelidik Dr Anita Kozyrskyj, mereka mengetahui bahawa berat ibu yang melahirkan mempengaruhi berat badan bayi.


"Hasil kajian kami menunjukkan kelahiran secara normal dan kelahiran secara Ceaserian serta perubahan dalam bakteria usus juga merupakan faktor yang menyumbang kepada berat badan bayi.


Dalam kajian terdahulu, didapati bakteria microbiome didalam usus bayi dipengaruhi oleh cara mereka dilahirkan, jadi ini membuatkan mereka tertanya-tanya adakah ia mempunyai pengaruh kepada risiko obesiti di peringkat awal pembesaran mereka," tambah Dr Kozyrskyj.


Untuk mengetahuinya, kumpulan penyelidik itu mengkaji jenis dan kuantiti bakteria yang hadir di dalam najis bayi-bayi yang telah dikategorikan.


Hasil penemuan mereka mendapati bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai berat badan berlebihan mempunyai kuantiti bakteria Lachnospiraceae yang lebih banyak dari bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai berat badan normal.


Walaubagaimanapun, tahap bakteria Lachnospiraceae berbeza sekali lagi di antara bayi yang dilahirkan secara normal dan secara Ceaserian menunjukkan rantaian bakteria boleh mempengaruhi hubungan antara berat badan ibu yang melahirkan dengan berat badan bayi yang dilahirkan selepas bayi dilahirkan secara normal dan secara Ceaserian.


Umum di negara tersebut mengetahui bahawa bayi yang mempunyai berat badan berlebihan dan obesiti adalah salah satu masalah kesihatan yang utama.


"Dengan hasil kajian kami, ia adalah penting untuk menyedarkan orang ramai tentang betapa pentingnya kesedaran tentang kelahiran secara Ceaserian yang menyumbang kepada permasalahan ini dan menerima peranan bakteria microbiota dalam usus sebagai 'super organ' yang mempunyai peranan yang pelbagai dalam kesihatan dan penyakit", kata Dr. Kozyrskyj dalam kesimpulannya.


Walaupun sebelum ini terdapat kajian di United States pada kelompok yang lebih kecil pada tahun 2017 dimana kajian yang dilakukan pada 160 orang ibu dan bayinya tidak menunjukkan apa-apa penemuan tentang perbezaan microbiome pada ibu yang melahirkan secara normal dan Ceaserian, terdapat juga kajian lain yang menyokong penemuan terbaru ini.


Kajian skala besar yang dilakukan pada tahun 2016 dimana ia dilakukan pada 22, 000 orang muda mendapati, mereka yang dilahirkan secara Ceaserian 15% lebih berkemungkinan obesiti berbanding mereka yang dilahirkan secara normal.


Diantara adik beradik, yang dilahirkan secara Ceaserian mempunyai 64% lebih kebarangkalian untuk mengalami obesiti.


Ia berkemungkinan bahawa anak yang dilahirkan secara Ceaserian berisiko tinggi untuk menghadapi beberapa masalah kesihatan seperti obesiti, asma,alahan, disebabkan kanak-kanak ini tidak terdedah kepada bakteria dari usus ibu dan laluan vagina ketika kelahiran.


Jurnal berkenaan penemuan ini telah diterbitkan dan boleh ditemui secara langsung di media sosial dalam laman 'JAMA Pediatrics'.— EdisiRakyat.com, 12 Mac 2018

2 comments:

  1. Assalamu alaikum Nama saya Surwanto seorang TKW dari HONGKONG ,memohon maaf yang ada di room ini bila kata2 saya ada yang salah,namun tujuan saya di sini hanya ingin berbagi cerita kepada para rekan2 saya yang jadi tkw di negeri orang, hidup di negeri orang memang amatlah susah,gaji pas2an,makan'pun ala kadarnya,namun apa boleh buat demi mencukupi kebutuhan keluarga yg ada di kampung,mau tidak mau saya harus menjalani semua penderitaan itu,namun syukur alhamdulillah berkat kerja keras dan doa saya slama ini alhamdulilah di terkabulkan ,meskipun jalan ini di larang oleh agama tp mungkin inilah satu2nya jalan untuk merubah nasib hidup saya,secara kbetulan saya lihat di internet tentang seseorang yg bisa mengubah nasib Menjadi lebih baik dengan jalan pemasangan angka togel, dan juga bisa Melalui Dana ghoib ..... saya beranikn diri menempuh jalan itu dan ternyata apa yg di berikan oleh Abah MAHADANA betul-betul terbukti dan saya menang 344jt,saya sangat bersyukur atas rezeki yg sy daptkan itu,ini bukan hanya sekedar cerita tp ini kenyataan.Jadi bagi saudara2 saya yg masih jd tkw ataupun yg lagi dalam kesulitan jangan takut menghubungi beliau Di 0853-4288-2547/ +628-5342-882-547 krna sy sudah membuktikannya,wassalam

    ReplyDelete
  2. Terima kasih banyak kepada teman saya yang di Singapura ..! berkat postingan dia di halaman facebook TKI Sukses saya baca. Saya bisa kenal nama nya Mbah Suroto. saya tidak tau apa ini secara kebetulan saja. Tapi yang jelas saya berani sumpah demi alloh kalau saya tidak menikmati hasil nya bantuan dari mbah.

    waktu itu setelah pikir-pikir kurang lebih 5 tahun kerja jadi Tkw di Saudi Arabia hanya jeritan batin saya alami. Berkat bantuan beliau melalui Pesugihan Dana Gaib nya ini alhamdulillah sekarang kehidupan saya jauh lebih baik dari sebelumnya.

    Tergantung keyakinan dan kepercayaan saja. Banyak pilihan di berikan yaitu Dana Hibah, penglaris usaha dagan, dana gaib, anka gaib togel 3D,4D,5D,6D jampi pelet, ingin cepat dapat pekerjaan, dll....

    Kini saya berbagi pengalaman saja sudah saya rasakan dan buktikan sampai sekarang. Atau mungkin ada teman mau hubungi langsung beliau ini nomer WhatsApp nya 0822 9127 7145 Semoga bermanfaat. aminn...

    Info lebih jelas nya buka saja situs beliau di sini https://pesugihanputihislamia.blogspot.com.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.