Pengemis warga asing raih pendapatan RM10,000 sebulan

PENGEMIS warga asing di Johor Bahru dilaporkan meraih pendapatan lumayan RM300 sehari sekaligus membolehkan segelintir mereka mengumpul sehingga RM10,000 sebulan.


Disebabkan kemewahan itu mereka seringkali tidak serik untuk mengemis malah sentiasa berusaha sedaya upaya untuk melarikan diri apabila dikejar oleh pihak berkuasa, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Malah mereka dilaporkan sentiasa berfikir "selangkah ke hadapan" untuk mengelakkan dari ditangkap, dengan cara sentiasa mengubah lokasi aktiviti itu, dan melakukan aktiviti mengemis pada waktu-waktu yang sukar dijangka.


Pengemis

Kebanyakkan tempat tumpuan mereka menjalankan aktiviti itu adalah di kawasan lampu isyarat, dan persimpangan yang sibuk di ibu kota.


"Mereka jalankan aktiviti mengemis di lampu-lampu isyarat, kerana hasilnya lebih lumayan (pada masa kenderaan berhenti kerana lampu merah), dan mudah bagi mereka melarikan diri bila nampak kenderaan penguatkuasa (yang terperangkap dalam kesesakan lalulintas)," kata pegawai JKM Johor Bahru, Normawarni Mahat dipetik oleh NST.


Tambahnya lagi, kebanyakkan pengemis yang ditahan didapati memperolehi pendapatan sebanyak RM300 sehari. Antara yang ditahan baru-baru ini ialah dua wanita warga Rohingya berusia 30 tahun bersama empat kanak-kanak berusia 6 bulan dan 3 tahun, serta seorang lelaki kurang upaya warga Vietnam.


Menurut Normawarni, pihaknya turut menahan warga tempatan berusia di antara 50 dan 60 tahun.


"Ketiga-tiga mereka sebelum ini pernah ditahan dan didakwa di bawah Akta Warga Miskin Kota 1977 pada tahun 2016. Ketika itu mereka dibebaskan dengan amaran supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama,"


"Bagaimanapun selepas ditangkap berulangkali kali akibat mengemis di beberapa tempat, mereka telah dihantar ke sebuah institusi kebajikan tahun lalu untuk melalui proses pemulihan," katanya.


Siasatan mendapati aktiviti mengemis berpunca daripada masalah kewangan, pengangguran, tabiat minuman keras dan ketagihan dadah.


"Kami harap orang ramai tidak begitu mudah menderma kepada pengemis, kerana perbuatan itu hanya akan menggalakkan mereka untuk memilih cara mudah mendapatkan wang dan meneruskan aktiviti mereka," katanya. — EdisiRakyat.com, 11 Mac 2018

2 Comments

  1. perdana menteri malaysia pula perompak. bagusla macam tu.

    ReplyDelete
  2. Assalamu alaikum Nama saya Surwanto seorang TKW dari HONGKONG ,memohon maaf yang ada di room ini bila kata2 saya ada yang salah,namun tujuan saya di sini hanya ingin berbagi cerita kepada para rekan2 saya yang jadi tkw di negeri orang, hidup di negeri orang memang amatlah susah,gaji pas2an,makan'pun ala kadarnya,namun apa boleh buat demi mencukupi kebutuhan keluarga yg ada di kampung,mau tidak mau saya harus menjalani semua penderitaan itu,namun syukur alhamdulillah berkat kerja keras dan doa saya slama ini alhamdulilah di terkabulkan ,meskipun jalan ini di larang oleh agama tp mungkin inilah satu2nya jalan untuk merubah nasib hidup saya,secara kbetulan saya lihat di internet tentang seseorang yg bisa mengubah nasib Menjadi lebih baik dengan jalan pemasangan angka togel, dan juga bisa Melalui Dana ghoib ..... saya beranikn diri menempuh jalan itu dan ternyata apa yg di berikan oleh Abah MAHADANA betul-betul terbukti dan saya menang 344jt,saya sangat bersyukur atas rezeki yg sy daptkan itu,ini bukan hanya sekedar cerita tp ini kenyataan.Jadi bagi saudara2 saya yg masih jd tkw ataupun yg lagi dalam kesulitan jangan takut menghubungi beliau Di 0853-4288-2547/ +628-5342-882-547 krna sy sudah membuktikannya,wassalam

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post